Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekurang-kurangnya 23 Tentera India Hilang, Dipercayai Dihanyutkan Banjir Kilat

Sekurang-kurangnya 23 Tentera India Hilang Dalam Banjir Kilat
Kredit: AFP

Sekurang-kurangnya 23 Tentera India Hilang Dalam Banjir Kilat

Tentera India memaklumkan seramai 23 anggotanya hilang selepas insiden banjir kilat yang berpunca dari hujan lebat berterusan di sebuah lembah terpecil berdekatan kawasan pergunungan pada timur laut Sikkim.

“Disebabkan hujan lebat berdekatan Tasik Lhonak di utara Sikkim, satu insiden banjir kilat berlaku di Sungai Teesta.

“Seramai 23 anggota telah dilaporkan hilang dan beberapa kenderaan dilaporkan tenggelam di dalam lumpur. Operasi pencarian masih sedang dijalankan,” kata pihak tentera dalam satu kenyataan.

Difahamkan, kawasan terpencil tersebut terletak berdekatan sempadan dengan negara jirannya, Nepal.

Manakala, Tasik Lhoka terletak pada dasar glasier di puncak bersalji yang mengelilingi Kangchenjunga, gunung ketiga tertinggi di dunia.

Menurut pihak tentera, air telah dilepaskan dari empangan Chungthang. Dengan pelepasan ini, paras air sungai meningkat 4.5 meter daripada kebiasaannya.

Sebuah video yang telah disiarkan jurucakap Tentera India menunjukkan arus air berwarna keruh telah membanjiri lembah yang dipenuhi dengan pokok-pokok.

Dalam video yang sama, air keruh yang mengalir deras itu juga membanjiri jalan dan memutuskan talian elektrik.

Perubahan iklim meningkatkan tahap keseriusan sesuatu bencana alam

Untuk makluman, insiden banjir kilat merupakan satu kebiasaan dalam musim monsun. Musim monsun biasanya bermula pada Jun dan akan berakhir sekitar penghujung September.

Manakala, hujan lebat yang berpunca dari fenomena monsun pula akan berakhir pada Oktober.

Berdasarkan hasil kajian pakar, mereka mendapati bahawa perubahan iklim telah meningkatkan kadar kekerapan dan keseriusan bencana.

Fenomena monsun berlaku ketika suhu panas ketika musim panas telah memberikan haba kepada sesebuah kawasan dan menyebabkan udara untuk naik ke atas dan menarik angin Lautan India yang lebih dingin.

Ketika keadaan angin panas dan sejuk ini ingin mencapai keseimbangan, fenomena ini akan menghasilkan taburan hujan yang sangat lebat.

Pada masa yang sama, ia turut membawa kemusnahan setiap tahun menerusi kejadian banjir dan tanah runtuh.

Selain itu, pencairan glasier turut meningkatkan paras air dan pembinaan yang tidak terkawal di kawasan berisiko baniir mengeruhkan lagi keadaan.

Glasier-glasier di Himalaya sebelum ini dilaporkan cair lebih pantas daripada sebelum ini disebabkan masalah perubahan iklim.

BACA: Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Sumber: AFP