Siakap Keli
Orang Ramai Kini Boleh Mohon Skim Khairat Kematian (SKK) STR 2023, Ikuti Syarat-Syarat Ini Kerajaan telah menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023
Kredit: X/ @LHDNOfficial

Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Ramai yang mungkin terlepas pandang, namun kerajaan sebenarnya menyediakan Skim Khairat Kematian (SKK) kepada waris penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023.

Menurut portal Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), amaun tuntutan bagi seorang individu yang layak berjumlah kira-kira RM1,000.

Waris sebenarnya sudah pun boleh membuat tuntutan bermula 17 Julai lepas sehingga 31 Disember ini. Tuntutan ini bagi kematian penerima STR yang meninggal dunia diantara 1 Januari sehingga 31 Disember.

Waris boleh membuat tuntutan secara tunai menerusi mana mana-mana Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang  berdekatan.

Hubungan Waris Yang Layak Tuntut SKK

Selain itu, terdapat  beberapa hubungan waris yang layak untuk membuat tuntutan SKK. Antaranya hubungan waris yang layak adalah pasangan, ibu, bapa, anak (kandung, tiri, angkat) dan adik beradik.

Manakala, keutamaan tuntutan SKK STR 2023 adalah kepada Pemohon / Pasangan. Turutan keutamaan layak tuntut SKK adalah seperti di bawah:

1. Pemohon sekiranya pasangan warganegara meninggal dunia
2. Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) Borang Permohonan STR 2023 sekiranya pemohon meninggal dunia; atau
3. Waris yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Waris) pada Borang BK- 01 (Borang Permohonan STR 2023) dan mestilah terdiri daripada hubungan (Rujuk soalan 2) sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan penerima STR 2023 meninggal dunia.

Syarat Kelayakan SKK

Permohonan berstatus Lulus STR 2023 bagi kategori (Bukan Warga Emas) iaitu berkahwin atau merupakan ibu/bapa tunggal, balu, janda atau duda yang mempunyai anak yang menepati syarat.

Manakala tempoh meninggal dunia adalah dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Seterusnya, bagi permohonan Warga Emas yang lulus permohonan STR 2023 atau menerima bayaran Fasa 1 atau Fasa 2 dan berstatus Tidak Layak / Tidak Lulus STR 2023 bagi kategori:

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;atau
  • Bujang; atau
  • Warga Emas Tiada Pasangan

Waris boleh membuat tuntutan jika pemohon meninggal dunia adalah dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Manakala, bagi individu meninggal dunia yang layak SKK adalah pemohon STR atau pasangan yang wujud pada borang Permohonan Lulus STR 2023 dan berstatus Warganegara.

Dokumen Yang Perlu Dibawa Semasa Tuntutan SKK

Antara bebarapa dokuman yang perlu seperti sijil kematian asal, salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Dokumen Pengenalan Diri asal Waris; atau Dokumen Sokongan Tambahan, sekiranya perlu.

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Maklumat lanjut sila rujuk di LHDN.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), @LHDNMofficial via X

 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma