Siakap Keli

Berhenti 2 Tahun Sebelum Wajib Pencen, Veteran ATM Ini Kongsi Kisah Korbankan Kerjaya Demi Adik-adik

Berhenti 2 Tahun Sebelum Wajib Pencen, Veteran ATM Ini Kongsi Kisah Korbankan Kerjaya Demi Adik-adik

Semua orang pasti ada kisah pengorbanan mereka yang tersendiri, sama ada ianya membawa kepada manis kehidupan ataupun ada risiko yang perlu ditanggung. Bagi sesiapa yang berkorban, sudah pastinya telah memikirkan apa-apa kesan atau kerugian yang perlu dihadapi. Pun begitu, kehidupan tetap perlu diteruskan dengan apa sahaja cara dan tidak terlalu memandang kebelakang.

Berhenti 2 Tahun Sebelum Pencen Wajib

Seperti kisah seorang veteran Angkatan Tentera Malaysia, Koperal Harikrishnavini a/p Ramakrishnan, belia merupakan salah seorang veteran yang tidak berpencen kerana menamatkan kerjayanya sebelum tarikh wajib pencen. Beliau telah sempat berkhidmat selama 19 tahun sebagai koperal di dalam Tentara Udara Malaysia, Bahagian Trafik terlepas menerima pencen kerana tidak mencapai 21 tahun perkhidmatan seperti yang diwajibkan.

“Memang sayang. Lagi dua tahun nak pencen, saya terpaksa berhenti sebab nak jaga adik-adik setelah emak meninggal dunia”

Tindakan sedemikian dilakukan setelah emaknya meninggal dunia dan dia mengambil tanggungjawab untuk menjaga adik-adiknya. Walaupun hanya tinggal baki lagi 2 tahun, tapi beliau terpaksa mengambil tindakan drastik ini untuk memastikan kebajikan adik-adiknya terjamin.

Bagi meneruskan kehidupan, beliau terpaksa melakukan kerja sambilan dalam urusan akaun. Walau bagaimanapun, pendapatannya ketika itu tetap tidak membolehkannya hidup lebih bergaya dan selesa seperti wanita sebayanya ketika itu.

Bersyukur Terima Bantuan Bulanan

Pada usia 71 tahun sekarang, ibu kepada empat orang anak ini melahirkan rasa syukur apabila dirinya layak menerima Bantuan Sara Hidup RM300 sebulan. Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu dirinya menguruskan kewangan pada masa kini. Menurutnya, tidak sukar pun untuk memenuhi permintaan sekiranya segala dokumen yang perlu disediakan lengkap, bahkan layanan yang diterimanya daripada kakitangan pun amat baik sekali.

Bukanlah Harikrishnavini seorang sahaja yang mendapat bantuan ini, tetapi lebih ramai Veteran ATM yang lain turut menikmati insentif ini. Antaranya, seorang Veteran ATM, Samad Ali yang berusia 74 tahun sangat bersyukur menerima bantuan ini memandangkan dia bersama isteri hanya berniaga kecil-kecilan untuk menampung perbelanjaan harian. Beliau juga turut berterima kasih kepada keprihatinan kerajaan yang kini membantu Veteran ATM tidak berpencen sepertinya.

Rakannya, Noor Saadan yang kini bekerja sebagai pemandu teksi turut percaya bahawa bantuan yang diterimanya dapat membantu kos kehidupan hariannya bersama isteri.

“Terima kasih kepada Kerajaan, dengan kenaikan harga barang sekarang ini, RM300 amat membantu tetapi jika ditambah sedikit lagi pun lebih baik,” harapan ayah kepada empat orang anak yang kesemuanya sudah berkeluarga ini.

Berhenti Sebelum Wajib Pencen

Mohd Abidin Arshad, 73 pula mengatakan bahawa ini kali pertama beliau menerima bantuan dan bersyukur dapat merasinya daripada perkhidmatannya selama 13 tahun dalam ATM. Beliau yang mempunyai empat orang anak tidak pernah mengharapkan bantuan bulanan daripada anak-anaknya kerana faham mereka juga sudah ada tanggungjawab untuk menyara keluarga.

Seorang lagi Veteran ATM yang pernah berkhidmat dari unit Perisik Gempur, Zamaludin Sulong berusia 71 tahun menzahirkan rasa syukur dengan bantuan RM300 ini kerana dapat meringankan sedikit masalah kewangan setiap bulan. Beliau tidak lagi mampu untuk bekerja kerana mengalami lutut sakit dan telah menjalani pembedahan.

Berhenti Sebelum Wajib Pencen

Bantuan Sara Hidup Veteran ATM Tidak Berpencen

Dalam memastikan kebajikan Veteran ATM sentiasa terbela, Kementerian Pertahanan telah merancang dan melaksanakan beberapa inisiatif bagi meningkatkan taraf sosioekonomi, penambahbaikan pengurusan kemudahan bantuan kebajikan dan perubatan, peningkatan kualiti hidup serta pengiktirafan jasa para pejuang negara.

Antaranya adalah pemberian Bantuan Kewangan secara one off, program Inisiatif Perumahan Veteran ATM dan Program Peduli Veteran. Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah menyediakan 5 bantuan kepada Veteran ATM antaranya Bantuan Sara Hidup secara bersasar, Bantuan Peralatan Pesakit, Bantuan Persekolahan, Bantuan ke IPT dan Bantuan Bencana Alam.

Berhenti Sebelum Wajib Pencen

Bercakap tentang Skim BSH ini, tujuannya adalah untuk memberi bantuan kewangan bulanan bagi meringankan beban tanggungan sara hidup Veteran ATM dan tanggungan mereka yang dhaif, uzur, hilang upaya dan hidap penyakit kronik. Kadar bantuan maksimum bagi sekeluarga adalah RM300 sebulan selama tempoh 3 tahun. Bukan semata untuk bekas anggota sahaja, tetapi bantuan ini juga memanfaatkan balu dan anak yatim kepada Veteran ATM yang telah meninggal dunia.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa