Siakap Keli
Atlet korea selatan 0.01 saat
Kredit: Youtube/ Foreigner in Taiwan

Raikan ‘Kemenangan’ Terlalu Awal, Peluncur Korea Selatan Dipintas Lawan 0.01 Saat Di Garisan Penamat

Raikan ‘Kemenangan’ Terlalu Awal, Peluncur Korea Selatan Dipintas Lawan 0.01 Saat Di Garisan Penamat

Atlet Korea Selatan terpaksa melepaskan pingat emas kepada pasukan Taiwan hanya disebabkan perbezaan masa sebanyak 0.01 saat sahaja dalam Sukan Asia Hangzhou baru-baru ini.

Perkara tersebut berlaku ketika acara luncur kasut roda 3,000 meter berganti-ganti yang berlangusng pada 2 Oktober 2023.

Pasukan Korea Selatan ketika itu diwakili oleh tiga orang atlet iaitu Choi In-ho, Choi Gwang-ho dan Jung Cheol-won.

Pada awalnya, pasukan Korea Selatan mendahului peserta-peserta lain. Namun ketika giliran peluncur terakhir meneruskan acara, beliau tidak dapat mengekalkan kelajuannya sehingga tamat.

Malah ketika itu, peluncur terakhir Korea Selatan berkenaan dilihat seolah-olah hilang fokus apabila meraikan ‘kemenangan’ terlalu awal sedangkan dia belum lagi melintasi garisan penamat.

 

Berbeza pula dengan pasukan Taiwan, peluncur terakhir negara itu bertindak meregangkan kakinya untuk memintas atlet Korea Selatan pada saat-saat akhir.

Disebabkan catatan masa yang terlalu dekat, pasukan Korea Selatan menyangka bahawa mereka telah memenangi acara tersebut.

Malah, mereka sudah bersiap-sedia untuk membawa bendera negara Korea Selatan menaiki podium.

Namun begitu, kegembiraan tersebut bertukar menjadi satu kehampaan apabila keputusan sebenar terpampang pada papan skor.

Pasukan Korea Selatan telah mencatat rekod 4:05.702 manakala, pasukan Taiwan telah menamatkan acara pada 4:05.692.

Bukan sekadar hilang pingat emas, mereka turut hilang peluang untuk mendapat pelepasan daripada perkhidmatan tentera mandatori

Selepas acara penyampaian pingat, peluncur terakhir Korea Selatan mengakui bahawa dirinya telah melakukan satu kesilapan yang sangat besar.

Lapor agensi berita Yonhap, atlet tersebut telah memohon maaf kepada pasukannya serta peminatnya.

Di Korea Selatan, pemenang pingat emas dari Sukan Asia boleh dikecualikan daripada menjalani perkhidmatan ketenteraan selama 18 bulan.

Perkhidmatan ketenteraan tersebut wajib ke atas semua lelaki yang tidak mengelami sebarang kecacatan anggota ketika berusia 28 tahun.

Disebabkan kekalahan tersebut, dua atlet daripada pasukan Korea Selatan terlepas peluang untuk mendapat pengecualian.

Sungguhpun begitu, salah seorang atlet Korea Selatan masih berpeluang untuk mendapat pengecualian jika dirinya dapat memenangi pingat emas dalam Sukan Asia pada 2026.

BACA: Waris Dah Boleh Tuntut RM 1000 Di BSN, Ini Syarat Nak Tuntut Skim Khairat Kematian

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma