Siakap Keli
Tip Goreng Ikan
Kredit Shutterstock

Mesti Jadi, Ini Tip Goreng Ikan Supaya Tidak Melekat Dan Meletup Di Dalam Kuali

Mesti Jadi, Ini Tip Goreng Ikan Supaya Tidak Melekat Dan Meletup Di Dalam Kuali

Ikan adalah merupakan sumber protein yang baik untuk kesihatan selain ayam dan daging.

Sumber protein ini sangat kaya dengan omega tiga dan dapat membantu kesihatan jantung agar menjadi lebih baik.

Selain di masak dalam pelbagai jenis hidangan, menu ikan goreng juga cukup popular dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Ikan goreng dimakan dengan nasi panas serta ulam-ulaman sudah boleh menaikkan selera bagi penggemar ikan.

Namun begitu, walaupun kelihatan mudah, tidak semua mampu menyediakan ikan goreng yang garing dan tidak melekat pada kuali.

Bagi mendapatkan hasil ikan goreng yang terbaik, mari ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini berkenaan empat tip menggoreng ikan supaya tidak melekat.

Alamak, ikan goreng asyik melekat saja kat kuali! Ada ke cara goreng ikan yang selamat dan tak akan buatkan minyak terpercik ke muka? Haa.. Kalau nak tahu lebih lanjut, jom baca tip goreng ikan daripada kami. Ikan tak melekat, kuali pun tak perlu disental!

Kebaikan makan ikan

Ikan merupakan sejenis protein berkualiti yang rendah lemak. Ia juga merupakan sumber utama asid lemak omega-3 dan juga vitamin, terutamanya vitamin B2 (riboflavin) dan D.

Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3. Oleh sebab itu, satu-satunya cara untuk mendapatkannya adalah melalui pemakanan harian.

Selain itu, ikan juga kaya dengan kalsium dan fosforus serta mineral seperti zat besi, zink, iodin, magnesium, dan kalium.

Menurut kajian, pengambilan 2-3 hidangan ikan seperti salmon, hering, kembung, ikan bilis, atau sardin setiap minggu dapat mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 36%!

Amalan makan ikan dapat melawan penyakit melalui beberapa cara. Asid lemak omega-3 dapat mengurangkan masalah degupan jantung yang tidak teratur. Malah, ia juga dapat mengurangkan tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah.

Disebabkan manfatnya yang pelbagai, American Heart Association juga menggalakkan agar semua orang makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Tip dan cara goreng ikan

Bagi ibu-ibu yang sudah pro, menggoreng ikan bukanlah satu masalah yang besar. Namun, untuk anak gadis yang baru belajar, menggoreng ikan boleh bertukar menjadi malapetaka!

Di bawah, kami akan berikan beberapa tip untuk pastikan ikan yang digoreng tidak melekat dan meletup ketika di dalam kuali.

1. Basuh periuk sebersih-bersihnya

Kadang-kadang, ikan goreng melekat pada permukaan kuali kerana ia tidak dibersihkan dengan betul!

Kredit Pixabay

Gunakan besi penggosok yang berkualiti dan sental setiap sudut periuk supaya tidak ada bekas gorengan semalam yang masih melekat.

2. Ikan goreng masih melekat? Cuba tambah asam keping

Kalau ikan masih lagi melekat, cuba tambahkan beberapa keping asam ke dalam kuali. Siapa sangka, asam keping boleh mengurangkan risiko ikan meletup semasa menggoreng!

Selain itu, asam jawa pula boleh digunakan sebagai perapan ikan. Sama seperti asam keping, ia boleh mengurangkan bau hanyir ikan.

Malah, perapan asam jawa boleh buatkan isi ikan jadi lebih pejal. Jadi, tidaklah ikan meletup-letup apabila digoreng nanti!

3. Letakkan banyak minyak

Jangan kedekut semasa menuang minyak. Jika anda ingin menggoreng ikan, pastikan jumlah minyak yang digunakan cukup untuk menenggelamkan sekurang-kurangnya ½ badan ikan untuk elakkan kulitnya melekat pada kuali.

4. Pastikan minyak panas sebelum masukkan ikan goreng

Ini yang orang selalu skip semasa goreng ikan! Pastikan minyak benar-benar panas sebelum masukkan ikan. Tetapi, jangan terlalu panas pula ya!

Kredit Pexel

Ikan tidak akan menjadi garing jika digoreng dalam minyak yang tidak cukup panas. Malah, besar kemungkinan, ikan akan jatuh ke bawah dan melekat pada permukaan kuali sewaktu menggoreng.

Anda boleh gunakan tip orang lama untuk tahu sama ada minyak sudah cukup panas ataupun tidak. Sebagai contoh, cuba baling beberapa biji beras atau gorengkan 1-2 keping keropok. Jika ia mengembang dengan pantas, maksudnya minyak telah sedia untuk digunakan!

5. Gunakan salutan yang betul

Sebelum menyediakan ikan goreng, ada beberapa jenis salutan yang boleh mengurangkan risiko kulit ikan melekat pada permukaan kuali.

Salutan yang pertama adalah menggunakan tepung beras. Anda boleh tambah tepung beras bersama garam dan kunyit sebelum menggoreng. Hasilnya, ikan akan jadi lebih rangup dan mudah diangkat.

Selain itu, anda juga boleh gunakan kulit bawang. Letakkan kulit bawang dalam kuali dan goreng bersama ikan. Kaedah ini juga boleh diaplikasikan semasa menggoreng ayam, sotong atau udang.

6. Ikan goreng masih melekat? Balut sahajalah dengan daun pisang

Kalau semua cara di atas tidak membantu, apa kata anda balut ikan dengan daun pisang. Tip ini amat berguna, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan ikan yang bersaiz besar.

Malah, ikan goreng juga akan bau semerbak! Apabila cukup masak, daun pisang akan terlerai sendiri. Bau isi ikan juga lebih wangi daripada biasa.

Sumber: Hello Doktor

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka