Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Israel “Kini Sedang Berperang” – Perdana Menteri Netanyahu

Aqmal Ezany
israel sedang berperang
Gambar: The Times of Israel

Israel “Kini Sedang Berperang” – Perdana Menteri Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa Israel “kini sedang berperang” selepas serangan Hamas ke atas Israel dan penduduknya, lapor Agensi Anadolu.

“Kita berada dalam keadaan berperang, bukan operasi tentera. Hamas melancarkan serangan mematikan secara bertalu-talu terhadap Israel dan rakyatnya,” kata pemimpin Israel itu dalam satu kenyataan.

Netanyahu mengarahkan rizab tentera digerakkan secara besar-besaran.

Baca: Teringin Nak Rasa Percutian Mewah? Mohon Salah Satu Tawaran Ini & Korang Boleh Dapat Pakej Sehingga RM66,000

“Musuh akan berdepan akibat yang belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Netanyahu.

Stesen Penyiaran Israel melaporkan bahawa Menteri Pertahanan Yoav Galant mengerah pasukan simpanan selepas mengumumkan persiapan untuk menghadapi situasi perang.

Israel telah mengisytiharkan “kesiapsiagaan” untuk perang selepas puak-puak Palestin di Semenanjung Gaza melancarkan serangan roket ke atas Israel pada awal Sabtu, lapor Israel Broadcasting Authority.

Roket dilancarkan dari pelbagai lokasi di kawasan terkepung itu, tetapi sistem pertahanan Iron Dome Israel dapat memintas kebanyakan serangan, menurut wartawan AA.

Sekurang-kurangnya 20 orang Israel dilaporkan terbunuh manakala lebih 540 orang cedera setakat ini, menurut laporan media Israel.

Sumber: BERNAMA-ANADOLU