Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

PM Dedah Lawatan Ke UAE Berjaya Tarik Komitmen Pelaburan RM40.6 Bilion
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menganggap lawatan rasmi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini berjalan dengan baik.
Hasil pertemuan itu antaranya negara berjaya menarik komitmen pelaburan bernilai RM 40.6 bilion.
Beliau memaklumkan perkara tersebut menerusi hantarannya di laman X-nya (@anwaribrahim) pada 1.53 petang, hari ini.
Dalam ciapan tersebut, beliau sedang berada di ibu negara UAE iaitu, Abu Dhabi pada hari terakhir lawatannya di sana.
Ketika hari terakhirnya di negara Arab berkenaan, beliau sempat bertemu dengan diaspora Malaysia yang berada di ibu negara terbabit.
Anwar difahamkan telah menggunakan platform itu untuk menyampaikan hasrat kerajaan demi menjadikan Malaysia sebagai satu destinasi menarik pilihan pelabur, termasuklah dari UAE.
Jelasnya, perkara ini dapat memberikan banyak pekuang ekonomi untuk rakyat dan memerlukan kerjasama padu daripada semua pihak.
Beliau turut berkongsi berita gembira berkenaan perkembangan terkini pelaburan baharu untuk negara.
“Sewaktu sidang akhbar sebelum berangkat pulang, saya maklumkan bahawa lawatan ke UAE ini sebagai membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion (AS$8.6 bilion).”
Sehubungan itu, beliau telah memberikan peluang kepada pihak-pihak terlibat bagi memastikan pelaburan ini dapat memberi manfaat kepada rakyat.
“Kini terpulang kepada pimpinan kerajaan serta kementerian dan agensi terbabit untuk bertiwikrama menjadikannya realiti, intiha ia akan menguntungkan negara dan rakyat kita sendiri.”
Dalam pada itu, Anwar sempat memberikan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam lawatan kerja di UAE.
Selain UAE, Anwar juga tidak melupakan kerja keras agensi-agensi kerajaan serta warga tempatan yang terlibat dalam misi ini.
“Tidak dilupakan kerja keras dari pihak MITI, MATRADE, Wisma Putra, Kedutaan, pemain industri Malaysia dan lain-lain lagi dalam menjayakan misi ini,”
BACA: Ramai Tak Jangka, Ini ‘Bencana’ Menanti Jika Talian Internet Tiba-tiba Hilang Di Seluruh Dunia
Sumber: Anwar Ibrahim via X