Siakap Keli
homebois juara mpl
Kredit: MPL MY

HomeBois Juara MPL MY Musim Ke 12, Tempah Slot Ke Kejuaraan Dunia M5

HomeBois Juara MPL MY Musim Ke 12, Tempah Slot Ke Kejuaraan Dunia M5

Pasukan HomeBois merangkul kejuaraan pertama dalam Liga Professional Mobile Legends Bang Bang, MPL Malaysia musim ke 12 selepas menewaskan pasukan SMG pada pusingan akhir, lapor One Esports.

Difahamkan, kemenangan tersebut sekali gus telah membuatkan HomeBois menempah tiket ke Kejuaraan MLBB Dunia, M5 yang akan berlangsung di Filipina pada Disember tahun ini.

Ketika perlawanan, HomeBois telah menguasai perlawanan yang menyakinkan selepas menang 2-0 sehingga ia memberi tekanan berat kepada pihak lawan.

Pun begitu, SMG dilihat tidak berdiam diri dengan bertindak balas pada perlawanan ketiga dan berjaya mengurangkan jurang mata.

Dalam pusingan tersebut, sekiranya SMG dapat memberi mata pada perlawanan keempat, maka keputusannya akan menjadi seri namun malangnya, kemenangan itu terpaksa dilenyapkan apabila mereka ketinggalan 3-1.

Perlawanan semakin hangat selepas SMG memaksa kedudukan seri 3-3 dan perlawanan terpaksa diteruskan sehingga perlawanan ketujuh.

BACA: Tak Puas Hati Keputusan Seri Dengan Malaysia, Penyokong China Minta “Refund” Duit Tiket

Bagaimanapun, HomeBois berjaya bergelar pemenang selepas mempamerkan keunggulannya dalam tentangan sengit bersama SMG dan menamatkan perlawanan pada keputusan 4-3.

Dua pemain Indonesia difahamkan telah memainkan peranan penting dalam HomeBois, di mana Warlord di kedudukan Midlaner, dan Raizel di pihak Gold Laner.

Kedua-duanya adalah tonggak penting dalam kejayaan HomeBois menjadi juara dalam MPL MY S12.

Bukan sahaja pemain, pasukan bimbingan juara MPL PY terbaru itu juga diperkuatkan oleh Antagonis yang bertindak sebagai penganalisis.

Anugerah Gameplay Of The Season telah diberikan kepada Raizel selepas HomeBois menumpaskan RSG MY.

Manakala, Yura juga telah diberikan anugerah Rookie Terbaik Musim Ini di bawah panji pasukan HAQ.

Sumber: One Esports

BACA: Zii Jia ‘Jinakkan’ Juara Dunia, Mara Ke Suku Akhir

Nurhanis

noktah