Siakap Keli
ribut johor bahru
Gambar; Tangkap Layar Tular

Hujan Lebat & Ribut Landa Kawasan Sekitar Johor Bahru 

Hujan Lebat & Ribut Landa Kawasan Sekitar Johor Bahru 

Hujan lebat dan ribut dipercayai telah melanda sekitar bandar Johor Bahru pada petang tadi.

Difahamkan, ribut itu berlaku sekitar bandar berkenaan sehingga mengakibatkan beberapa kejadian pokok tumbang dan infrastruktur rosak.

Hasil tinjauan di media sosial memaparkan orang ramai berteduh di bangunan sewaktu ribut kencang itu melanda.

Pun begitu, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

“Pokok tumbang. Johor Bahru baru sahaja dilanda ribut. Dilaporkan ada kerosakan harta benda, pokok tumbang di bandaraya Johor Bahru. Semoga tiada kemalangan jiwa,” maklum Facebook JohorPost menerusi PAS Johor Bahru.

@yusz_yusop

Tidak dijangka dalam sekelip mata sahaja #ribut #fyp #091023 #ributcitysquare #ributjohorbahru #ributjohorbahru2023

♬ original sound – Yuszianti Yusop – Yusz_YY

@azreenmohdnor

Ribut di Area JBCC Johor Bahru….9.10.2023..stay safe semua #ributjohor #ributmalaysia #ributjb #bencanaalam

♬ Danger – SoundAudio

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan turut mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 11 negeri di seluruh Malaysia pada 4.30 petang tadi.

Ia termasuk di enam daerah di Johor iaitu Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

Menurut METMalaysia, seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal mengalami cuaca buruk berkenaan.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

“Di negeri Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.

“Di negeri Kelantan pula melibatkan daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang. Manakala daerah di negeri Terengganu Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman juga djangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang.

“Sementara itu, kawasan di negeri Pahang juga termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan dan Pekan.

“Di negeri Selangor termasuk daerah Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang,” maklum jabatan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah METMalaysia, beberapa daerah di Negeri Sembilan juga tidak terkecuali iaitu Seremban dan Port Dickson.

“Di Sarawak, kawasan terlibat adalah Sri Aman (Sri Aman), Betong (Pusa, Betong dan Saratok), Sarikei (Pakan), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Selain itu, Pedalaman (Tenom, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat (Penampang, Kota Kinabalu dan Ranau antara daerah yang diramal di negeri Sabah,” maklum METMalaysia.

Sumber: Video Tular, Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?