Siakap Keli
plkn 3.0 tentera

PLKN 3.0 Bakal Diteruskan, Jalani Latihan Di Kem Tentera

PLKN 3.0 Bakal Diteruskan, Jalani Latihan Di Kem Tentera

Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan dalam satu kenyataan di Dewan Rakyat hari ini menyatakan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara.

Menurut beliau, kaedah latihan untuk PLKN 3.0 berbeza berbanding sebelum ini dan pelatih-pelatih yang terdiri dalam dalam kalangan anak muda akan menjalani latihan di kem-kem tentera.

13 kem tentera Wataniah akan dimanfaatkan selama tempoh 45 hari dengan kapasiti yang mampu menampung seramai 20,000 pelatih.

“Kerajaan sudah memikirkan semula untuk meneruskan PLKN. Jemaah Menteri pada 2021 sudah pun meluluskan supaya ia dikaji semula dengan cara baharu untuk kita meneruskan PLKN.

“Satu jawatankuasa khas ditubuhkan Kementerian Pertahanan (MINDEF) untuk mengkaji bagaimana cara kita hidupkan semula PLKN.

“Tetapi dengan template (acuan) baharu yang mana PLKN dulu dilakukan di banyak kem.” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang). Ibrahim mencadangkan untuk kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan semula PLKN sebagai satu inisiatif di bawah Kementerian Pertahanan.

Kerajaan ingin menjalankan latihan di kem tentera kerana bagi menjimatkan kos. Sebelum ini, PLKN menelan belanja mencecah RM500 juta setahun. Kos pelaksanaan baharu ini hanya RM100 juta setahun.

“Kita mahu supaya kali ini kita tidak berbelanja banyak, tetapi ia lebih memberikan pulangan baik kepada modal insan.

“Penjimatan ini adalah kerana kita menggunakan kem dan tentera (pengajar dan jurulatih) sendiri,” tambah Tok Mad.

Sumber: Malaysia Gazette

BACA: Homebois Juara MPLMY Musim ke-12

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)