Siakap Keli
Guru sekolah gaza terkorban
Gambar: Aman Palestin

Konflik Palestin-Israel: Guru Sekolah Al-Quran Malaysia Di Gaza Terkorban

Konflik Palestin-Israel: Guru Sekolah Al-Quran Malaysia Di Gaza Terkorban

GAZA — Seorang wartawan, Muhammad Al-Salhi dilaporkan meninggal dunia dalam konflik yang berlaku di antara Palestin dan Israel, lapor Astro Gempak.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengurus Aman Palestin Cawangan Temerloh, Ahmad Nu’man Mazlan dalam satu hantaran di aplikasi X.

Maklum Nu’man, Muhammad Al-Salhi syahid sewaktu melakukan liputan mengenai konflik antara kedua-dua negara berkenaan.

Difahamkan, Allahyarham juga merupakan guru di Sekolah Al-Quran Malaysia di Gaza.

“As-Syahid Muhammed Al-Salhi, seorang wartawan yang telah syahid dalam perang terkini bukan sekadar wartawan yang mengambil liputan perihal Palestin.

“Tetapi beliau juga merupakan guru di Malaysia Quran School Gaza, sekolah yang dibina oleh para penyumbang Aman Palestin,” katanya di platform tersebut.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tidak henti-henti mengucapkan takziah dan mendoakan keselamatan mangsa lain yang berada di sana.

Pada 2017, sekolah tersebut telah dibuka secara rasminya dengan kos bernilai RM4.3 juta hasil sumbangan rakyat Malaysia.

BACA JUGA: Masjid Hasil Sumbangan Malaysia Musnah Akibat Serangan Israel – Muslim Care Malaysia

Sekolah berkenaan terletak berhampiran kawasan kem pelarian Nusierat di tengah Gaza.

Strukur tiga tingkat itu berkeluasan  4,500 meter persegi dan disempurnakan Wakil Kementerian Pendidikan Palestin, Dr Mohd Seyam Abu Hammam.

Sukarelawan Palestin Di Hospital Indonesia Terbunuh 

Sebelum ini, seorang sukarelawan Palestin, Abu Romzi dilaporkan syahid dalam satu serangan udara Israel ke atas Hospital Indonesia di Bayt Lahiya, Gaza Utara pada Sabtu lalu, lapor Bernama.

Difahamkan, Allahyarham telah berkhidmat di kemudahan itu sejak 2011.

Kematian mangsa disebabkan jet tempur Israel menyerang ambulans Jawatankuasa Penyelamat Kecemasan Perubatan (MER-C), sebuah pertubuhan sosial kemanusiaan Indonesia, di hadapan kuarters sukarelawan di kompleks hospital berkenaan.

“Abu Romzi, kakitangan MER-C tempatan yang berada berhampiran ambulans, adalah salah seorang mangsa dan segera dibawa ke hospital,” tulis Farid, seorang sukarelawan Indonesia di Semenanjung Gaza, dalam satu kenyataan.

Sumber: Astro Gempak

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?