Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Natasha Rangkul Emas Kejohanan Boling Dunia Di Kuwait

Syed Faisal Sayed Muhammad
Natasha rangkul emas
Kredit BERNAMA

Natasha Rangkul Emas Kejohanan Boling Dunia Di Kuwait

KUALA LUMPUR (Bernama) — Pemain boling wanita negara, Natasha Mohamed Roslan menamatkan kemarau 12 tahun Malaysia selepas memenangi pingat emas acara individu pada Kejohanan Dunia di Salmiya, Kuwait, malam tadi.

Lebih manis, pemain berusia 27 tahun itu mengenepikan cabaran rakan senegara, Sin Li Jane menerusi keputusan 2-1 dalam format tiga permainan terbaik pada aksi berlangsung di Kuwait Bowling Sporting Club.

Natasha bermula cemerlang di perlawanan pertama selepas melakukan 259 jatuhan pin berbanding 194 oleh Jane.

Jane walaupun bangkit memenangi perlawanan kedua 238-162, tidak dapat menandingi kehebatan Natasha apabila tewas 165-185 pada perlawanan penentuan sekali gus terpaksa berpuas hati dengan pingat perak.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara itu adalah menerusi Jacqueline Sijore pada 2011 di Hong Kong.

Sementara itu, wakil Korea Selatan, Hong Hae Ni dan Son Hye Rin masing-masing berkongsi gangsa, menurut laman sesawang www.abf-online.org

Sumber: BERNAMA