Siakap Keli
Pengerusi Amanah Raya Berhad

Tan Sri Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad

Tan Sri Idrus Harun Dilantik Sebagai Pengerusi Amanah Raya Berhad

Kuala Lumpur, 10 Oktober 2023 – Amanah Raya Berhad (AmanahRaya) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Yang Berbahagia Tan Sri ldrus Harun sebagai Pengerusi syarikat bermula 10 Oktober 2023.

Yang Berbahagia Tan Sri Idrus merupakan pemegang ljazah Sarjana Undang-undang dengan Kepujian dari Universiti Malaya dan memulakan kerjaya dalam bidang perundangan sebagai Penolong Penggubal Undang-Undang Parlimen d i Jabatan Peguam Negara sebelum mengembangkan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berbekalkan pengalaman selama lebih 42 tahun dalam bidang perundangan, Yang Berbahagia Tan Sri ldrus telah berkhidmat sebagai Timbalan Pendakwa Raya di beberapa jabatan antaranya Jabatan Kastam dan Eksais Diraja dan Bahagian Pendakwaan di Jabatan Perundangan Negara. Beliau pernah menggalas tanggungjawab sebagai enasihat Undang-undang Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutuan di Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Penggubal Undang-undang Parlimen.

Beliau sebelum ini telah dilantik ebagai Peguam Cara Negara pada April 2006 dan menyandang jawatan Hakim Mahkamah Rayuan pada September 2014, seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada November 2018.

Pada Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Peguam Negara dan berkhidmat sehingga persaraan beliau pada September 2023. AmanahRaya percaya dengan pengalaman luas dan kecemerlangan beliau dalam bidang perundangan, Yang Berbahagia Tan Sri ldrus Harun berupaya membawa AmanahRaya ke peringkat yang lebih tinggi.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa