Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Afghanistan Dilanda Gempa Bumi Lagi, Berkekuatan 6.3 Magnitud
Gempa bumi kuat dilaporkan berlaku di Barat Laut Afghanistan pada jam 8:41 pagi sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi tersebut berkekuatan 6.3 magnitud.
Tambah MetMalaysia, gempa bumi berlaku di 34 kilometer Barat Laut Herat, Afghanistan dengan kedalaman 14 kilometer.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Sebelum ini, gempa bumi kuat berukuran 6.3 magnitud juga telah menggegarkan Herat yang terletak di barat Afghanistan.
Menurut BBC kejadian gempa berlaku berhampiran sempadan Iran pada Sabtu lalu.
Ketua pengurusan bencana wilayah tersebut, Mosa Ashari berkata setakat rekod yang dicatatkan, mangsa kebanyakannya adalah wanita, kanak-kanak dan warga emas.
Sementara itu, menurut AFP, lebih 2,000 mangsa dilaporkan terkorban dalam kejadian itu.
Selain itu, lebih 1,300 rumah runtuh akibat gempa pada Sabtu lalu yang turut diikuti lapan gempa susulan.
Sehingga kini, bantuan beransur-ansur masuk ke zon bencana termasuk makanan, air, khemah dan keranda untuk mangsa yang terkorban.
Selain itu, terdapat kebimbangan bahawa jumah kematian mungkin lebih tinggi.
Difahamkan, banyak bangunan runtuh telah menyebabkan sesetengah penduduk terperangkap di bawah runtuhan.
Ketika penduduk bandar tersebut ditemu bual, mereka yang terselamat mengimbas kembali tentang bagaimana ketakutan tercetus selepas bangunan pejabat mula bergegar sebelum runtuh di sekeliling mereka.
“Kami berada di pejabat kami dan tiba-tiba bangunan itu mula bergegar. Plaster dinding mula retak dan runtuh.
“Saya tidak dapat menghubungi keluarga saya, sambungan rangkaian terputus. Saya terlalu bimbang dan takut, ia amat mengerikan,” penduduk Herat Bashir Ahmad memberitahu agensi berita AFP.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Rakaman video yang dikatakan dari Hospital Pusat Herat menunjukkan ramai mangsa dirawat di atas jalan tar di luar bangunan utama.
Sementara itu, dalam video yang lain juga memaparkan adegan kemusnahan di daerah Injil Herat di mana runtuhan bangunan yang musnah menghalang jalan dan usaha menyelamat.
“Keadaan itu sangat mengerikan, saya tidak pernah mengalami perkara seperti itu,” kata pelajar Idrees Arsala kepada AFP
Sumber: X/Jabatan Meteorologi Malaysia, BBC, AFP