Siakap Keli
rekod dunia marathon
Kredit: AFP

Atlet Kenya Pecah Rekod Dunia, Marathon 42.1km Bawah 2 Jam 1 Minit

Atlet Kenya Pecah Rekod Dunia, Marathon 42.1km Bawah 2 Jam 1 Minit

Atlet Kenya, Kelvin Kiptum berjaya memecahkan rekod dunia apabila berjaya menamatkan marathon dibawah 2 jam 1 minit, lapor Olympic.

Beliau yang berusia 23 tahun dilapor berjaya menamatkan Chicago Marathon 2023 dengan catatan 2:00:35 pada 8 Oktober lepas. Kejayaan itu menjadikan Kelvin sebagai manusia pertama yang berjaya menamatkan marathon dibawah 2 jam 1 minit.

Lebih mengejutkan, Kelvin boleh dianggap masih baru dalam sukan marathon profesional apabila baru sahaja menyertai 3 acara marathon setakat ini.

Ia sekaligus menjadikan kejayaan dilakar beliau mengejutkan banyak pihak.

Terdahulu, rekod dunia acara marathon dipegang oleh legenda marathon, Eliud Kipchoge. Rekod Kelvin bagi jarak 42.195 km itu ada;ah 34 saat lebih pantas berbanding masa yang dicatatkan oleh Eliud di Berlin Marathon 2022.

Sebelum ini, Kelvin mencatatkan masa peribadi 2:01:53 dalam marathon pertamanya di Valencia pada 2022. Seterusnya, beliau berjaya mencatatkan masa 2:01:25 dalam acara marathon kedua yang disertainya, iaitu Landon Marathon 2023.

Catatan masa larian marathon dijangka bakal kurang daripada dua jam tidak lama lagi

Bagaimanapun, masa yang dicatatkan Kelvin di Chicago Marathon dianggap sebagai luar biasa dan bakal membuka lembaran baru sukan tersebut.

Sebelum ini, pemerhati sukan tersebut berpendapat adalah mustahil untuk mana-mana atlet marathon mampu menamatkan larian dibawah tempoh 2 jam.

Rekod split time antara Kelvin dan Eliud.

Namun begitu, jika Kelvin berjaya mengekalkan prestasi terbaiknya ketika ini, beliau berpeluang menjadi manusia pertama yang melakukan perkara berkenaan.

Sebelum ini, Eliud pernah mencatatkan masa larian marathon lebih pantas berbanding Kelvin ketika menyertai Ineos 1:59 Challenge pada 2019.

Dalam larian tersebut, pelari yang juga berasal dari Kenya itu berjaya menamatkan larian dengan masa 1:59:40 iaitu, kurang dari masa dua jam.

Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa faktor, catatan yang direkodkan oleh Eliud tidak layak untuk diiktiraf sebagai rekod dunia.

Dengan kemunculan Kelvin ini, banyak pihak merasakan sesuatu yang dianggap sebagai mustahil selama ini mungkin akan menjadi realiti selepas ini.

Kemungkinan untuk dunia melihat acara Marathon Major ditamatkan dibawah 2 jam mungkin akan berlaku tidak lama lagi.

BACA: Tak Sangka, Rupanya Ini ‘Fungsi Rahsia’ Lubang Wayar Pada Meja Pejabat Ramai Tak Tahu

Sumber: Olympics

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.