Siakap Keli
ibu rai anak
Kredit: @pakyadbendang/TikTok

“Kadang-kadang Anak Kurang Dari Sudut Lain…” Ibu Rai Anak Lelakinya Buat Ramai Terharu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

“Kadang-kadang Anak Kurang Dari Sudut Lain…” Ibu Rai Anak Lelakinya Buat Ramai Terharu

Setiap anak di dunia ini diciptakan berbeza-beza oleh Maha Pencipta, bermula dari tubuh badan semuanya berlainan mengikut ketetapan yang dibuat oleh-Nya.

Sebagai contoh, sesetengah daripada mereka dikurniakan kepandaian yang luar biasa hingga cemerlang dalam pembelajaran, manakala sesetengah yang lain pula mempunyai pemikiran kreatif.

Kadang-kadang disebabkan terlalu mahu anak mengejar kedudukan tempat di sekolah, ibu bapa cenderung untuk memaksa anak belajar lebih masa supaya mereka mendapat keputusan yang baik.

Akibat terlalu taksub dengan keputusan cemerlang, ibu bapa mula untuk tidak mempedulikan perasaan anak-anak sehingga mereka menyakiti jiwanya tanpa sedar.

Bagaimanapun, tidak semua faham bahawa darjah kecerdasan setiap anak adalah berlainan tetapi tidak perlu risau kerana ini bermaksud kanak-kanak itu mempunyai kelebihan dalam perkara lain.

Ibu rai dan hargai anak

Baru-baru ini, tular satu rakaman di TikTok, yang memaparkan seorang wanita yang juga merupakan ibu membuat video penghargaan terhadap anak keduanya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @pakyadbendang, wanita tersebut meraikan anak keduanya, Muhammad Zarif Naufal, yang rajin menolongnya di rumah.

Ujarnya, dia mengakui Zarif tidak cemerlang dalam peperiksaan namun itu tidak membuatkan anaknya ‘kurang’ daripada yang lain memandangkan dia mempunyai kelebihan dari sudut yang lain juga.

Meskipun Zarif tidak berjaya mendapatkan tempat teratas dalam pembelajaran namun dia lebih bersemangat untuk melakukan perihal yang lain.

Kredit: @pakyadbendang/TikTok

“Dalam kelas nombor terakhir, tapi rajin tolong ibu dekat kedai hari-hari.

“Balik sekolah wajib masuk kerja malam minta gaji,” katanya dalam video tersebut.

Menurutnya, setiap ibu bapa perlu meraikan dan menghargai pencapaian anak-anak walaupun mereka tidak sama seperti yang lain.

“Kadang-kadang anak-anak kita kurang dari sudut lain, tapi dia lebih dari sudut lain. Hargai dan railah setiap anak-anak,” katanya.

BACA: “First Time Nangis” Anak Sebak Terkejut Jumpa Ayah Balik “Offshore” Lepas 4 Bulan

“Dia tak menang dalam kelas tapi dia pemenang dalam hati ibu bapa…”

Rata-rata warga maya yang melihat video tersebut memuji tindakan wanita itu. Walaupun dianggap sebagai perkara yang kecil namun tidak semua boleh melakukan perkara itu, iaitu menerima keadaan anak walau apa sekali pun.

Mereka turut menitipkan doa supaya Zarif menjadi anak yang berwibawa pada masa hadapan.

“InshaAllah dengan sikap bagus dia tu, dia akan berjaya suatu hari nanti. Saya doa yang terbaik untuk dia!” komen warga maya.

“Cerdik akhlak cerdik peribadi credik empati, makcik doakan awak berjaya dunia akhirat adik,” kata netizen.

“Semoga anak ni jadi tauladan pada anak-anak sekalian. Alhamdulillah,” ujar warga maya lagi.

@pakyadbendang

Kadang2 anak kita kurang dari sudut lain, tapi dia lebih dari sudut lain. Hargai dan rai la setiap anak2. #pakyadbendang #penangviral #kedaimeekuahpenang #meekuahudang #foodietiktok

♬ original sound – Luna karam لونا كرم

Sumber: @pakyadbendang/TikTok

Nurhanis

noktah