Siakap Keli
tun m pantai timur
Kredit: Sinar Harian

Pinggir Negeri Pantai Timur: Tun Mahathir Mengaku Salah, Mahu Tebus Kesilapan

Pinggir Negeri Pantai Timur: Tun Mahathir Mengaku Salah, Mahu Tebus Kesilapan

Mengakui bersifat tidak adil sewaktu menjawat jawatan Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesal kerana meminggirkan negeri Pantai Timur dan mahu menebus kesilapan tersebut.

Lapor Sinar Harian, Dr Mahathir yang mengakui kesalahannya berkata beliau menebus kesalahan tersebut dengan melibatkan diri sebagai penasihat tidak rasmi kepada empat kerajaan negeri ditadbir oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) (SG4).

“Saya mengaku bersalah sewaktu jadi Perdana Menteri dari parti satu itu bermusuh dengan parti PAS yang menguasai negeri Pantai Timur,” katanya pada Rabu sewaktu bercakap di pentas Minggu Negarawan di Yayasan Kepimpinan Perdana baru-baru ini.

Kata Dr Mahathir, beliau ketika itu sebaliknya hanya memberikan tumpuan penuh kepada negeri-negeri di Pantai Barat ketika memegang tampuk pentadbiran Persekutuan.

“Oleh kerana itu, mereka (negeri Pantai Timur) tidak berjaya. Saya fikir ini masanya untuk tebus dosa kesalahan saya dahulu,” ujarnya.

BACA: Tun Mahathir Sedia Jalin Kerjasama Semula Bersama Muhyiddin

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan salah seorang hadirin berkenaan dengan penglibatan di dalam SG4 sama ada ia kerana Melayu, tata kelola atau mempunyai banyak idea membangunkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Negarawan itu turut berharap beliau dapat mengangkat kembali negeri-negeri di bawah pentadbiran PAS dengan pengalaman yang dimiliki olehnya.

“Saya harap dengan pengalaman ini saya dapat bantu mereka mencapai kejayaan,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Mahathir dilantik sebagai penasihat tidak rasmi selepas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam proses membentuk ‘kumpulan empat negeri’ dengan meletakkan Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis di dalamnya.

Pelantikan itu disokong oleh Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin selepas menyifarkan ia adalah perkara yang tepat dan perlu diraikan oleh seteru politik.

Sumber: Sinar Harian

BACA: Dr Mahathir Dan Dua Lagi Diarah Fail Pembelaan Sebelum 6 Okt

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana