Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bekas Pemain Badminton Indonesia, Jeffer Rosobin Dilantik Sebagai Ketua Jurulatih Remaja Baharu
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan melantik bekas pemain Indonesia, Jeffer Rosobin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu.
Sebelum ini, posisi itu dipegang oleh Datuk Misbun Sidek yang banyak memberi sumbangan dalam pembangunan pemain-pemain badminton Malaysia.
Pengalaman Jeffer dalam sukan badminton di peringkat antarabangsa sangat berketepatan dengan pelantikan tersebut.
Untuk rekod, Jeffer pernah memenangi kejuaraan Kejohanan Asia pada 1996.
Beliau juga adalah antara watak penting dalam memastikan Indonesia meraih pingat emas di Sukan SEA pada 1999.
Jeffer difahamkan akan mengetuai skuad kejurulatihan remaja dan melaporkan diri kepada Rexy Mainaky selaku Timbalan Pengarah Kejurulatihan dalam masa terdekat.
Selain itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul dilaporkan telah dipilih untuk menjadi Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria dalam kenyataannya sebentar tadi.
Menurut Mohamad Norza, keputusan itu dipersetujui oleh ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia sendiri.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Sumber: X/BAM