Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Air Sungai Naik Mendadak, Tular 4×4 Hanyut Dibawa Arus Deras
Baru-baru ini, tular video yang mendakwa sebuah kenderaan 4×4 dihanyutkan oleh arus sungai di Teratak RiverView di Tanjung Malim, Perak pada Sabtu.
Susulan itu, seorang pemilik akaun Facebook Maiziatul Fazillah Hashim yang juga anak saudara kepada pemilik teratak itu tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.
“Kejadian berlaku di petang Sabtu. Kami tak tahu ada kenderaan 4×4 nak melintas. Sis sedar bila terdengar suara big boss bising kan orang-orang dok bersantai ramai-ramai atas dua-dua jambatan.
“Rupanya diorang tengah teruja tengok pajero tu melintas,” tulisnya di platform berkenaan.
Tambahnya, dia menyedari kenderaan tersebut tersangkut di dalam sungai berkenaan.
“Kemudian dengar enjin di rem-rem rupanya dia dah tersangkut kat sungai tu. Pemandu berusaha nak pasang winch tapi tak berjaya, nak terus atau undur pun tak boleh.
“Maka tersidai la pajero itu di situ sementara nak tunggu bantuan,” katanya lagi.
Walau bagaimanapun, pada hari kejadian hujan turun dengan lebat hingga mengakibatkan paras air sungai meningkat dengan mendadak.
“Tapi tak sangka kat atas (hulu) hujan lebat. Air sungai makin naik dan laju. Kami kat bawah ni aman damai. Pertama ‘dia’ datang, pajero dah senget.
“Kali kedua ‘dia’ hanyutkan sehingga tiga atau empat kali bergolek. Allahu kelam kabut big boss dibuatnya selesai maghrib tu,” katanya.
Pun begitu, operasi menarik keluar kenderaan dari sungai itu selesai pada tengah malam oleh pasukan penyelamat.
Pemandu dan penumpang juga berjaya keluar dari kenderaan itu dan berada dalam keadaan selamat.
“Tengah malam baru selesai menarik pajero tu keluar dari sungai. Keadaannya memang sedih.
“Apa-apa pun rescue team memang padu. Semoga urusan owner Tuan Amir dipermudahkan dan tak serik datang mengecas di TRV,” katanya lagi.
Terdahulu, tular video-video yang memaparkan kenderaan terbabit. Malah, ada yang mendakwa pemandu terperangkap dalam kejadian itu.