Siakap Keli
proses pengeluaran beras
Gambar: Bernama

Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini 6 Proses Pengeluaran Beras

Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini 6 Proses Pengeluaran Beras

Seperti yang diketahui, beras adalah makanan ruji bagi masyarakat di Malaysia. Beras pada asalnya adalah padi yang ditanam di sawah sebelum dibawa ke kilang untuk diproses dan dijual di pasaran.

Bercakap tentang beras, ramai yang mengetahui ia adalah makanan utama rakyat, namun secara zahirnya ramai tidak mengetahui bagaimana padi diproses menjadi beras seperti yang dibeli di kedai-kedai.

Sehubungan itu, hari ini, SK akan berkongsikan proses-proses pengeluaran beras.

Umumnya, proses pengilangan padi adalah proses menyaring kandungan air, bendasing dan produk sampingan sehingga terhasilnya produk utama iaitu beras putih. Berikut merupakan proses pengeluaran beras secara terperinci.

Proses Pengeluaran Beras

Penerimaan Padi

proses padi beras
Gambar: Bernama

Padi yang telah siap dipotong dan dituai akan dihantar ke kilang untuk proses penghasilan beras. Proses penimbangan beras dilakukan sebaik sahaja lori sampai di kilang.

Pemutuan Padi

proses padi beras
Gambar: Bernama

Selain itu, proses penentuan kandungan air dikenali sebagai langkah pemutuan yang akan menentukan berat padi dan harga sebenar padi serta kadar subsidi padi kepada pesawah akan dilakukan. Kebiasaannya, kandungan kelembapan air dalam padi semasa proses penerimaan adalah dalam lingkungan 22 peratus hingga 28 peratus.

Pengeringan Padi 

proses padi beras
Gambar: Bernama

Padi yang diterima masuk perlu dikeringkan dalam masa 24 jam bagi mengelakkan padi bertukar warna dan rosak. Peralatan pengeringan terdiri daripada sistem dandang air panas dan unit kebuk pengering Inclined Bed Dryer (IBD) yang boleh menampung kapasiti padi dalam 10 tan hingga 12 tan setiap operasi dan kipas ID. Kandungan lembapan air selepas air padi kering adalah dalam lingkungan 11 peratus hingga 12 peratus.

Pengisaran Padi

Proses di bahagian ini melibatkan banyak unit operasi bagi tujuan pengisaran kulit padi daripada beras sehingga menghasilkan beras perang. Kebanyakan proses yang terlibat adalah unit-unit pengayak bagi pengasingan produk-produk sampingan seperti sekam, dedak, kepala padi dan temukut.

BACA JUGA: Kenali Sukan Kabaddi, Antara Pertarungan ‘Unik’ Sukan Asia Kali Ini

Peralatan yang digunakan adalah mesin huller dan husk separator yang terdiri daripada pelbagai jenis sistem. Sistem lama ini akan menyebabkan habuk dilepaskan ke ruang kerja. Manakala terdapat sistem baru yang dipanggil sebagai paddy husker yang merupakan kombinasi mesin huller dan husk separator . Ia lebih baik kerana kurang habuk yang dilepaskan ke ruang udara kerana sistem ini beroperasi dalam keadaan bertutup.

Gambar: Bernama

Pengilatan Atau Pemutihan Beras

Beras perang yang terhasil daripada proses pengisaran kemudiannya akan melalui beberapa peringkat proses pengilatan dan pemutihan menggunakan mesin rice polisher. Produk yang terhasil adalah produk akhir beras putih dan beras hancur.

Penggredan Atau Pembungkusan Beras

Produk beras putih akan melalui proses saringan akhir iaitu proses Destoner dan Colour Sorter untuk membuang bahan asing seperti batu dan beras perang atau beras rosak.

Proses seterusnya adalah proses penggredan dimana beras putih akan dicampur bersama beras hancur dan dibungkus mengikut gred tertentu.

Akta berkaitan pengilangan beras

Menurut Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), pengusaha kilang beras perlu merujuk kepada sekurang-kurangnya dua akta penting iaitu Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974) serta peraturan-peraturan di bawahnya yang dikuatkuasakan oleh JAS.

Di samping itu, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan juga diguna pakai.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?