Siakap Keli
sukan kabaddi
Gambar: Astro Arena

Kenali Sukan Kabaddi, Antara Pertarungan ‘Unik’ Sukan Asia Kali Ini

Kenali Sukan Kabaddi, Antara Pertarungan ‘Unik’ Sukan Asia Kali Ini

Sukan Asia edisi ke-19 di Hangzhou, China mula berlangsung sejak 23 September lalu dan bakal melabuhkan tirai pada 8 Oktober ini nanti.

Malaysia juga turut menghantar kontinjen seramai 289 atlet dan 145 pegawai, dengan jumlah besar 434 (309 lelaki dan 125 wanita) dalam menyertai 22 daripada 40 sukan yang dipertandingkan.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, pelbagai jenis sukan yang dipertandingkan seperti acara berbasikal, balapan, padang dan banyak lagi.

Pun begitu, terdapat beberapa sukan yang menjadi perhatian ramai kerana keunikannya termasuklah sukan Kabaddi.

Sejarah Sukan Kabaddi?

Kabaddi dikaitkan dengan sukan tradisional India dan dipercayai merupakan salah satu sukan tertua di dunia iaitu berusia 4,000 tahun.

Sukan ini pertama kali diperkenalkan di pentas dunia sebagai Sukan Pameran di Olimpik Berlin, Jerman pada 1936. Sejak dari itu, sukan ini semakin mendapat tempat dan dikenali ramai.

Pada tahun 1951, sukan Kabaddi sekali lagi diperkenalkan kepada khalayak ramai sebagai sukan demonstrasi (pertunjukan pada umum) sebelum dipertandingkan secara rasmi pada 1982.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Pada 2o14, sukan ini juga diperkenalkan dalam satu liga di India, iaitu Pro Kabaddi.

Dalam Sukan Asia di Hangzhou kali menyaksikan Kabaddi tersenarai dalam kejohanan utama. Menurut laman rasmi sukan itu, acara ini diadakan di Pusat Sukan Xiaoshan Guali dari 2 Oktober hingga 7 Oktober 2023 untuk perebutan dua pingat emas.

Cara Sukan Kabaddi Dimainkan

Secara umumnya, Kabaddi adalah sukan yang menggunakan kepantasan, fizikal dan keagresifan.  Sukan ini dimainkan oleh dua pasukan (tujuh orang setiap pasukan) di dalam satu gelanggang khas.

Setiap pasukan boleh membawa tiga hingga lima pemain gantian di bangku simpanan.

Gelanggang

Bagi medan perlawanan, sukan ini dimainkan di dalam gelanggang berbentuk segi empat dengan keluasan 13 meter x 10 meter (lelaki) 12 meter x 8 meter (wanita).

Gambar: Star Sports

Dalam satu gelanggang mempunyai pelbagai garisan yang mempunyai fungsi tersendiri seperti garisan tengah, garisan bonus, garisan baulk dan garisan akhir yang ditunjukkan seperti gambar di atas.

Kedua-dua pasukan akan mempunyai sempadan sama.

Selain itu, Kabaddi biasanya berlangsung selama 40 minit setiap satu perlawanan (20 minit per separuh masa). Permulaan perlawanan ditentukan dengan balingan syiling antara kedua-dua pasukan.

Pasukan yang menang akan berhak memilih untuk memulakan perlawanan sama ada menyerang atau bertahan terlebih dahulu.

Dalam Permainan

sukan kabaddi
Gambar: Astro Arena

Sewaktu permainan, mana-mana pemain (seorang) dari pasukan menyerang akan dipanggil untuk berada di dalam kotak lawan untuk menyerang. Ketika menyerang, pemain perlu memasuki bahagian lawan sambil menyebut perkataan ‘Kabaddi’.

Objektif menyerang adalah menyentuh seramai mungkin pemain lawan yang bertindak sebagai pertahanan dan kembali ke sempadan sendiri dengan melepasi garisan tengah dalam satu ‘nafas’.

Untuk pasukan bertahan, mereka perlu cuba menghalang penceroboh daripada kembali ke bahagian sendiri dengan menepis atau menangkap atau menolaknya keluar dari gelanggang.

BACA JUGA: Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Permainan akan dilakukan secara bergilir-gilir antara satu sama lain dan pihak yang mendapat lebih banyak mata akan dikira sebagai pemenang setelah tamat perlawanan.

Peraturan Mata Kabaddi

Gambar: Astro Arena

Mengikut peraturan Kabaddi, penyerang mempunyai dua cara untuk mendapatkan mata semasa serbuan iaitu melalui menyentuh satu atau lebih pemain lawan dan berjaya melarikan diri ke bahagian sendiri dengan selamat.

Mata Sentuh

Sekiranya mata sentuh berjaya diperolehi, pemain yang telah disentuh perlu keluar dari gelanggang. Penyerang akan diberikan mata menerusi bilangan pemain yang mereka singkirkan dalam serbuan.

(Penyerang perlu melepasi garisan baulk dengan kedua-dua kaki atau salah satu kaki dengan kaki lain mesti berada di atas udara. Barulah dikira sebagai mata).

Walau bagaimanapun, pemain yang telah dimatikan boleh dihidupkan semula dan dibawa kembali dalam permainan, jika penyerang pasukan berjaya mendapatkan mata sentuh pada pasukan lawan semasa menyerang seterusnya (kali kedua).

BACA JUGA: Jangan Biar Sampai Haus, Ini Tips Periksa “Brake Pad” Kereta

Sewaktu menyerang, penyerang mempunyai masa 30 saat untuk melakukan penyerangan atau dikira mati. Jika pasukan menyerang gagal mendapatkan mata dalam tiga kali serangan, pasukan bertahan akan diberikan mata.

Selain itu, mata permainan ini boleh diperolehi menerusi mata tackle atau tackle point. Sebagai contoh, jika wakil penyerang lawan gagal keluar dari sempadan lawan, pungutan mata akan diperolehi oleh pasukan bertahan.

Jika salah satu pasukan mematikan kesemua pemain (tujuh orang) lawan, mereka akan memperolehi dua mata tambahan atau dipanggil Lona. Selepas itu, pemain lawan akan dihidupkan kembali dan permainan dimainkan semula.

Mata Bonus

Selain itu, pasukan menyerang boleh juga mendapatkan mata menerusi mata bonus atau bonus point. Caranya adalah wakil penyerang perlu meletakkan kaki melepasi garisan bonus sambil membuat kaki ‘mengekor’ (mengangkat kaki ke belakang di udara).

Gambar: Astro Arena

Pungutan mata ini hanya diaktifkan apabila pasukan bertahan mempunyai enam pemain di luar gelanggang.

Jika mana-mana pasukan yang menyerang atau bertahan keluar dari garisan sempadan, pasukan lawan akan mendapat mata kerana kawasan luar gelanggang adalah di luar had pemain.

Jika permainan berakhir dengan seri, perlawanan akan dimainkan selama tujuh minit untuk setiap separuh masa (14 minit kedua-dua babak permainan). Sekiranya masa tambahan gagal untuk menentukan pemenang, penentuan diputuskan oleh Golden Raid.

Jika penentuan pemenang juga gagal melalui cara Golden Raid, pemenang ditentukan melalui lambungan syiling.

Untuk lebih jelas, boleh tonton video di bawah.

Sumber: Olympic, Asean Games Hangzhou

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?