Pestabola Merdeka: Jurulatih Tajikistan Yakin Dapat Bawa Pulang Piala Esok
Skuad Tajikistan akan menanti dengan penuh debaran untuk mendapatkan kehormatan yang bakal diberikan oleh penonton di pentas final Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Lapor Astro Arena, jurulatih Tajikistan Petar Segrt menaruh keyakinan bahawa pasukannya akan membawa pulang piala sekali gus merangkul gelaran juara Pestabola Merdeka menentang pasukan ke-134 dunia, Harimau Malaya.
“Esok kita akan datang ke perlawanan, percayalah saya akan menjadi orang pertama yang membawa piala ini pulang apabila saya mempunyai peluang.
“Ini bukan piala kecil. Pemain saya tidak tahu bagaimana suasana dan keadaan stadium esok.
” (Sama ada) 90 minit atau mungkin 100 minit penonton akan menyanyi dan menjerit. Tetapi saya juga tahu penonton, apabila kita menang, mereka akan memberi penghormatan dan buat masa ini, saya menunggu untuk mendapat penghormatan daripada anda esok di atas padang,” katanya kepada pemberita pada sidang media praperlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 hari ini.
Ujarnya, skuad bimbingan Kim Pan Gon perlulah merebut piala tersebut semasa perlawanan yang ditetapkan selama 90 minit.
Beliau turut mengatakan pasukannya tidak akan sekali membiarkan Harimau Malaya menang secara mudah ke atas pasukan ke-110 dunia itu.
“Saya tidak akan memberi anda 90 minit secara percuma.
“Anda mesti menang dahulu menentang kami dan kami akan lawan. Mungkin kami tidak kuat esok tetapi untuk 90 minit itu, kami akan berjuang untuk dapatkan piala ini,” katanya.
BACA: Harimau Malaya Mahu Lunas Dendam Ke Atas Tajikistan
Jelasnya, perlawanan pada Selasa akan menjadi peluang untuk Tajikistan memenangi piala Pestabola Merdeka.
Beliau juga tahu betapa pentingnya untuk mendapatkan gelaran juara dalam perlawanan tersebut.
Memetik Bernama, beliau turut berharap pengadil perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023 akan bersikap adil dalam pertembungan membabitkan pasukannya dan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.
Pengendali berusia 57 tahun itu berkata pengadil perlu lebih bertimbang rasa dan tidak mudah memberikan penalti dengan mengambil kira keadaan padang yang kurang memuaskan, seperti berlaku dalam perlawanan membabitkan pasukan India dan Malaysia, Jumaat lepas.
“India bermain dengan hebat tapi Malaysia bernasib baik dengan pengadil dan itulah situasinya. Saya harap pengadil akan berikan keputuan lebih tepat esok namun, inilah bola sepak,” katanya.
"I'll wait to get RESPECT from you tomorrow on the field" — Petar Segrt
17 Oktober, 9.00 Malam. Kita Jumpa di Stadium Nasional Bukit Jalil 🔥
Ayuh EKOR HARIMAU SEJATI! 🇲🇾#NadiTerkini #PestaBolaMerdeka pic.twitter.com/z3gqYr4ZML
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) October 16, 2023
Sumber: Astro Arena, BERNAMA