Siakap Keli
McDonald's sumbang RM1 juta Palestin
Kredit BERNAMA, McDonald's Malaysia

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

McDonald’s Malaysia Sumbang RM1 Juta Kepada Dana Kemanusiaan Palestin

McDonald’s Malaysia pada hari ini mengumumkan bahawa sebanyak RM1 juta telah disumbangkan kepada Dana Kemanusiaan Palestin.

Pengesahan itu dibuat McDonald’s Malaysia menerusi kenyataan mereka sebentar tadi di laman Facebook rasmi mereka.

Menurut McDonald’s Malaysia, langkah itu adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan Malaysia semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat.

“Langkah ini adalah selaras dengan hasrat murni kerajaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat,” tulis kenyataan itu.

Menyahut seruan Perdana Menteri Anwar Ibrahim

Menurutnya, sumbangan tersebut dibuat bagi menyahut seruan Perdana Menteri untuk mengumpul Dana Kemanusiaan Palestin sebanyak RM10 juta.

“Krisis kemanusiaan yang semakin menekan di Gaza mengetengahkan kepentingan usaha ini.

“Lantaran itu, McDonald’s Malaysia berganding bahu bersama kerajaan dalam menyokong pendanaan ini. Dengan harapan supaya membantu rakyat Palestin yang sedang menghadapi kesukaran,” tambah kenyataan itu lagi.

Tambahnya, pemberian sumbangan itu ke Dana Kemanusiaan Palestin adalah untuk menyokong misi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Ia meliputi bantuan dari segi perubatan, makanan, tempat tinggal dan bantuan pemindahan sekiranya diperlukan oleh pasukan penyelamat.

“Komitmen kami tertumpu sepenuhnya kepada menyediakan keperluan asas kepada mereka yang dalam kesusahan,” tulis kenyataan itu berkaitan sumbangan mereka.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Selain itu, McDonald’s Malaysia turut menyeru pekerja-pekerja di seluruh negara untuk menyertai dalam pengumpulan dana tersebut.

Mereka juga berharap agar usaha tersebut akan memberi impak kepada mereka yang memerlukan bantuan dan terkesan di Gaza.

Sumber: McDonald’s Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka