Siakap Keli
Gambar via KPKT

Cara Mohon Residensi PR1MA, 7 Langkah Perlu Diikuti

Cara Mohon Residensi PR1MA, 8 Langkah Perlu Diikuti

Adakah anda merupakan warganegara Malaysia? Yang berumur 21 tahun ke atas? Anda mempunyai pendapatan kasar isi rumah secara individu atau gabungan dalam lingkungan RM2,500 sehingga RM15,000? Adakah anda ingin membeli rumah pertama atau kedua?

Jika ya, anda boleh mengikuti cara-cara yang dikongsi oleh Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memohon residensi PR1MA.

Langkah-Langkah Memohon

Langkah pertama, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Di manakah anda boleh membuat pendaftaran? Anda boleh melayari laman web register.pr1ma.my untuk membuat pendaftaran dan mendapatkan nombor rujukan PR1Ma anda.

Langkah kedua ialah permohonan. Terdapat dua permohonan iaitu permohonan bagi Pembangunan yang Baru Dilancarkan dan permohonan Unit Terhad. Bagi permohonan Pembangunan yang Baru Dilancarkan, anda harus terus ke applikasi PR1MA Homes setelah mendaftar.

Bagi permohonan Unit Terhad pula, anda perlu terus ke permohonan PR1MA Homes setelah mendaftar. Kemudian, anda perlu menghubungi Rakan Jualan yang telah dilantik untuk memeriksa ketersediaan unit dan pertanyaan lebih lanjut.

Ketiga, undian. Proses pengundian terbuka dan telus hanya untuk pemohon yang telah memenuhi semua syarat. Pengundian pula bergantung kepada perkembangan yang baru dilancarkan.

Keempat ialah pemilihan unit. Anda akan dijemput untuk sesi Pemilihan Unit untuk memilih unit yang dikehendaki berdasarkan ketersediaan. Ketika Pemilihan Unit, anda perlu menyediakan yuran penempahan sebanyak Rm500 dalam bentuk draf bank atau cek.

Langkah kelima, permohonan dan kelulusan pembiayaan. Anda perlu menyediakan dokumen yang diperlukan dan menyerahkan permohonan pinjam ke Institusi Kewangan pilihan anda.

Terdapat juga beberapa perkara yang anda perlu ambil tahu. Antaranya, kelulusan pinjaman bank dijangkakan dalam masa satu bulan selepas tarikh penempahan. Kemudian, kelulusan pinjaman kerajaan (LPPSA) dianggarkan dalam masa  dua bulan dari tarikh tempahan.

Bagi langkah seterusnya, perjanjian jual beli. Perjanjian ini akan ditandatangani oleh PR1Ma yang merupakan pemaju, dan juga anda sebagai pembeli.

Langkah yang terakhir pula ialah penyerahan kunci atau milikan kosong. Anda akan diserahkan Residensi PR1MA selepas pembangunan selesai, Sijil Penyempurnaan dan Pematuhan (CCC), dan tunggakan bayaran (jika anda) diselesaikan.

Dengan langkah-langkah yang dikongsikan, ia dapat membantu memudahkan permohonan anda untuk memiliki Residensi PR1MA.

Sumber: KPKT dan Perbadanan PR1MA Malaysia

BACA JUGA: Ini Faedah-faedah Belanjawan 2024 Untuk Golongan M40

 

 

Nurul Alya