Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Jerebu Makin Teruk, Anwar Hubungi Prabowo, Minta Ambil Langkah Perlu

jerebu
Kredit: Bernama

Berikutan isu jerebu yang semakin membimbangkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto bagi mengambil langkah-langkah perlu bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Soal jerebu, ia memang berada pada tahap membimbangkan. Saya sudah menghubungi Presiden Indonesia, Prabowo dan beliau juga bersetuju untuk mengambil langkah-langkah yang perlu.

“Pada masa sama, Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Menteri (Sumber Asli dan Kelestarian Alam) Alam Sekitar (Datuk Seri Arthur Joseph Kurup) juga menghubungi rakan sejawat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Tinjauan Belanjawan 2027 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.

Malaysia Sedia Kerjasama

Menurutnya, kerajaan menyatakan kesediaan sejak beberapa minggu lalu untuk memberikan kerjasama berhubung isu itu memandangkan jerebu pada tahap membimbangkan sekali gus memberi kesan terhadap kesihatan rakyat.

“Kita meningkatkan hampir saban hari operasi pembenihan awan (OPA) oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan beberapa agensi lain berkaitan tetapi keadaan masih merunsingkan.

“Namun, kita akan mencuba lagi. Malah, tadi saya sekali lagi meminta Menteri Luar untuk menghubungi Sekretariat ASEAN sekiranya boleh mengadakan lagi mesyuarat membabitkan menteri-menteri berkaitan alam sekitar ASEAN.

“Ini semua langkah yang kita ambil dan pantau selain cuba untuk melaksanakan langkah-langkah sepatutnya,” katanya.

https://web.facebook.com/reel/1113464451186508


Sumber:Facebook
Intipati
  • Anwar Ibrahim menghubungi Prabowo Subianto berhubung isu jerebu yang semakin membimbangkan.
  • Malaysia menyatakan kesediaan bekerjasama sejak beberapa minggu lalu bagi menangani masalah jerebu.
  • Operasi pembenihan awan ditingkatkan, sementara mesyuarat menteri alam sekitar ASEAN turut dicadangkan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan