Mutiara Lebih 1 Sentimeter Ditemui Dalam Kerang Dibeli Di Pasar
Sebuah keluarga bertuah dilaporkan tidak sengaja menemui mutiara bersaiz lebih satu sentimeter dalam hidangan makanan laut mereka, lapor The Thaiger.
Kejadian itu dikatakan berlaku di 5/4 Buasali, Mae Lae, Chiang Rai kediaman keluarga bernama Sethapong Sivavong.
Sethapong mendedahkan bahawa isteri dan anak perempuannya telah membeli kerang dari pasar tempatan terkenal di pusat bandar Chiang Rai.
Semasa mereka sekeluarga sedang bersedia untuk menjamu selera, mereka telah menemui sebutir mutiara dalam salah satu kerang.
Menurut Sethapong, mutiara berwarna putih berukuran kira-kira satu sentimeter itu memiliki ciri unik yang berbeza.
Ia menyerupai mutiara melo, oleh itu dia melihat lebih dekat dan mendapati terdapat sesuatu yang keras di dalam kerang tersebut.
Sethapong mengesyaki bahawa penemuan itu adalah mutiara asli dan keluarganya gembira dengan penemuan tersebut.

Bagaimanapun, mereka tidak pasti berapa nilai mutiara itu dan hanya menyimpannya dalam kotak biru untuk pengesahan di Makmal Pengujian Permata Chiang Mai (CGT LAB).
Dalam pada itu, Sethapong juga mendedahkan bahawa sebelum kejadian mereka sekeluarga telah mengunjungi Wat Saeng Kaew Photiyan di Mae Suay, Chiang Rai untuk mendoakan kebahagiaan dan kemakmuran keluarga mereka.
Dua hari kemudian, penemuan yang tak disangka itu telah terjadi ketika mereka membeli makanan laut biasa seperti udang, kerang dan sotong.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Sethapong menganggap bahawa penemuan tersebut adalah merupakan nasib baik dan tuah untuk keluarganya.
Keputusan pengesahan mutiara itu asli atau tidak sehingga kini masih belum dikenal pasti oleh Sethapong sekeluarga.
Sementara itu, Sethapong juga mengakui bahawa penemuan serupa pernah terjadi pada sebelum ini.
Menurutnya, penemuan pada sebelum ini hanya bersaiz kecil dan yang terbaru berukuran lebih besar kira-kira satu sentimeter.
Wanita Tak Sangka Jumpa Mutiara Bernilai Ribuan Dolar Dalam Tiram Ketika Tengah “Dinner”
Sebelum ini, tuah berpihak pada seorang wanita di Texas apabila dia secara tidak sengaja menemui sebutir mutiara di dalam tiramnya semasa sedang menikmati makan malam romantis.
Klip video penemuan secara tidak sengaja itu telah tular di media sosial dan mendapat tontonan melebihi 700k tontonan.
“Kami sedang makan tiram dan sebutir mutiara secara tiba-tiba muncul,” kata Kenia Mac kepada Jam Press tentang tuahnya itu.
Penemuan itu dibuat semasa wanita tersebut sedang bersama dengan teman lelakinya menikmati malam romantis di sebuah restoran makanan laut di kampung halaman mereka di Dallas.
Sumber: The Thaiger