Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Sebanyak 196.583 Unit, Kereta Proton Exora Terakhir Dihasilkan Selepas 14 Tahun
Kredit: TikTok

196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Nur Syahirah Zainoor Hisham

196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Selepas lebih sedekad, penghasilan kenderaan pelbagai guna (MPV) tempatan, Proton Exora telah menemui pengakhirannya semalam.

Proton Exora unit ke 196,583 akan menjadi unit terakhir model tersebut yang dihasilkan selepas 14 tahun ditawarkan dalam pasaran.

Suasana sebak dan sentimental di bahagian pengeluaran turut dirakam dan dimuat naik pengguna TikTok, Amin Auto World pada hari yang sama.

Dalam video yang berdurasi satu minit 17 saat, beberapa pekerja di kilang Proton dilihat menghasilkan bahagian kereta Exora buat kali terakhir.

Apabila selesai, nombor siri penghasilan bahagian tersebut telah direkodkan dalam satu fail dan pelekat telah dilekatkan pada hujung senarai.

Pada akhir video, terdapat imej yang memaparkan ‘body in white’ Proton Exora yang terakhir.

Terdapat tulisan yang tertera pada bahagian depan rangka kereta yang menjadi unit Proton Exora yang terakhir dihasilkan.

“14 Tahun, MPV Exora terakhir #196583 18/10/2023. Terima kasih Proton”, katanya.

Pada kapsyen video, pengirim meluahkan rasa sebaknya ketika melihat model kereta tersebut telah dihasilkan buat kali terakhir semalam.

“Rasa sedih. Hari ini hari terakhir Proton Exora diproduksikan. Terima kasih 14 tahun menjadi keluarga Proton.

“Terima memberi 1001 cerita bersama saya. Terima kasih para pelanggan yang menyokong Proton Exora,” katanya lagi.

Enjin CFE terakhir dihasilkan beberapa hari lepas

Sebelum ini, Proton telah menamatkan penghasilan enjin Campro 1.6 liter empat silinder Turbo dengan produksi unit terakhir dikeluarkan daripada barisan pembuatannya di Tanjong Malim pada 12 Oktober lepas.

Menerusi satu video pendek disiarkan oleh akaun TikTok Kelab Pemilik Exora Malaysia (EOCM) yang memaparkan satu ‘upacara’ ringkas dibuat di kilang tersebut bagi memperingati unit terakhir enjin berkenaan.

Setakat ini, hanya model Proton Exora satu-satunya model Proton yang masih menggunakan enjin CFE. Sebelum ini, enjin CFE telah digunakan dalam model Proton Preve pada tahun 2012 dan model terakhir bagi model tersebut telah dihasilkan pada 2018.

BACA: Dah Lama Perhati, Kenapa Duit Syiling Ada ‘Gigi’ Kat Tepi? Bukan Saja-saja, Ini Sebabnya

Sumber: aminautoworld & eocmalaysia_official via TikTok