Siakap Keli
kumpulan ajaran sesat malaysia
Gambar hiasan | Bernama

Polis Pantau Tujuh Kumpulan Ajaran Sesat Di Malaysia – KPN

POLIS PANTAU TUJUH KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA – KPN

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Polis sedang memantau rapi tujuh kumpulan ajaran sesat yang boleh mendatangkan ancaman keselamatan dan menggugat ketenteraman awam di negara ini, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Beliau berkata tujuh kumpulan ajaran sesat itu dikenal pasti sebagai T****** H**** S***, D**** P****** E****** I**** N******** (D****) dan beberapa yang lain.

“Pemantauan rapi dijalankan dalam perkara ini bagi memastikan tiada penganut atau pengamal ajaran sesat yang melangkaui garisan keselamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis juga bekerjasama erat menjalankan siasatan bersepadu dengan pelbagai agensi kerajaan serta jabatan agama Islam negeri bagi membendung kegiatan ajaran sesat dan fahaman terpesong daripada disebarkan dalam kalangan masyarakat.

Razarudin berkata sepanjang Januari 2022 hingga semalam, sebanyak 51 laporan polis direkodkan berhubung aktiviti kumpulan ajaran sesat dan menyeleweng.

Beliau berkata dalam tempoh yang sama, seramai 23 individu ditahan melibatkan pemimpin dan pengikut kumpulan ajaran sesat itu.

“Jumlah tangkapan itu melibatkan T****** H**** S*** (20 tangkapan) dan masing-masing satu tangkapan bagi ajaran I*** A**** Z****, N** dan A***** S***** @ S*****,” katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan tegas di bawah peruntukan Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Tindakan akan diambil sekiranya terdapat penganut atau pengamal ajaran sesat yang dikesan membuat atau mengeluarkan kenyataan boleh mendatangkan kegusaran awam, suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan yang boleh memudaratkan tahap keselamatan awam,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.