Siakap Keli
Kutipan Tol Bakal Dikenakan Terhadap Pengunjung Genting Highlands Tidak Lama Lagi
Kredit: Facebook

Kutipan Tol Bakal Dikenakan Terhadap Pengunjung Genting Highlands Tidak Lama Lagi

Kutipan Tol Bakal Dikenakan Terhadap Pengunjung Genting Highlands Tidak Lama Lagi

Kutipan tol bakal dikenakan terhadap kenderaan yang berkunjung ke destinasi perlancongan tanah tinggi, Genting Highlands tidak lama lagi.

Menurut Sinar Harian yang memetik laporan Sin Chew Daily, jurucakap Lingkaran Cekap Sdn Bhd menjelaskan bawah syarikat itu akan mengendalikan tol berkenaan.

Sungguhpun begitu, para pemandu hanya dikenakan bayaran semasa menuju ke kawasan tanah tinggi tersebut. Manakala mereka tidak akan dikenakan sebarang bayaran tol ketika menuruni Genting Highlands.

Walau bagaimanapun, tarikh pelaksanaan dan jumlah kutipan yang akan dikenakan tidak dapat disahkan oleh jurucakap berkenaan.

Untuk makluman, syarikat tersebut telah bertanggungjawab dalam memastikan keadaan jalan raya di Genting Highlands dalam keadaan baik kepada pengguna.

Selain itu, syarikat resort di tanah tinggi itu telah bertanggungjawab menguruskan hal ehwal jalan raya di kawasan terbabit sejak awal pembinaannya.

“Lingkaran Cekap bertanggungjawab terhadap jalan di Genting, termasuk cerun, tanah runtuh, membersihkan pokok tumbang, memotong rumput, sistem kumbahan serta lampu jalan, dan paling penting menyelenggara jalan.

“Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyelenggara jalan di tanah tinggi sejak membinanya pada pertengahan 60-an,” katanya.

Tular gambar pemasangan struktur seakan-akan plaza tol pada laluan menuju Genting Highlands

BACA: 196,583 Buah Dalam 14 Tahun, Unit Terakhir Kereta Proton Exora Dihasilkan Semalam

Sebelum ini. tular gambar yang menunjukkan pemasangan sebuah struktur seakan-akan plaza tol yang mula dipasang di Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya.

Penularan ini sekali gus mendapat perhatian warganet yang membuat spekulasi berkenaan kemungkinan plaza tol bakal dibina di sana.

Jurucakap itu juga menolak dakwaan yang dibuat bahawa kutipan tol dikenakan pada kadar RM2.50 dan RM3 akan dimulakan pada Jun 2024.

Tambahnya, perkara tersebut memerlukan lebih banyak perbincangan antara pihak berkaitan sebelum keputusan rasmi diumumkan.

“Kadar tol akan mengambil kira kos dan kerja penyelenggaraan untuk jalan ini,” jelas jurucakap itu.

BACA: Netflix Sah Naik Harga Pakej, Di Tiga Negara Buat Masa Ini

Sumber: Sinar Harian

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.