Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold Nyaris Maut Dihempap Tiang Elektrik

Syed Faisal Sayed Muhammad
Trent Alexander-Arnold maut
Kredit The SUN

Bintang Liverpool, Trent Alexander-Arnold Nyaris Maut Dihempap Tiang Elektrik

Pemain Liverpool, Trend Alexander-Arnold dilaporkan nyaris maut dihempap tiang elektrik sepanjang 40 kaki ketika sedang memandu, lapor The SUN.

Tiang elektrik bervoltan tinggi dan seberat kira-kira setengah tan itu tumbang dan hampir menghempap sebuah kereta di hadapan Range Rover bernilai £90,000 (RM5.2 juta) milik pemain England itu.

Dalam kejadian itu, Alexander-Arnold, 25, sempat menekan brek dan melencong sebelum melanggar BMW X5.

Bintang Liverpool yang terkejut itu kemudian dilihat keluar dari kereta dan bercakap dengan pemandu lain.

Bagaimanapun, kedua-dua pemandu terselamat tanpa sebarang kecederaan dalam kemalangan yang dilaporkan berlaku di Knutford, Cheshire.

Kemalangan itu berlaku selepas ribut Babet membadai negara itu dan menyebabkan tiga orang awam terbunuh.

Sumber berkata: “Angin sangat kuat sehingga tiba-tiba menumbangkan tiang. Ia benar-benar menakutkan. Ia satu keajaiban tiada siapa yang cedera. Seseorang mungkin boleh terkorban.

“Macam mana benda ini boleh terjadi? Alexander-Arnold pasti merasa lega kerana terselamat”.

Susulan kejadian itu, polis telah dipanggil ke tempat kejadian dan bekalan elektrik turut telah dimatikan.

Gambar menunjukkan Alexander-Arnold berdiri di tepi keretanya berdekatan tiang lampu turut beredar di atas talian.

Kredit The SUN

Berdasarkan gambar itu, bahagian hadapan Range Rover hitamnya telah rosak manakala BMW putih itu telah melencong ke tepi serta lampu hadapanya turut rosak.

Kredit The SUN

Dipercayai, Alexander-Arnold yang tinggal berdekatan lokasi kejadian turut menghadiri latihan menjelang pertembungan menentang Everton di Anfield.

Kemalangan itu dikatakan berlaku selepas beberapa hari dia berpesta di kelab malam London bersama rakan sepasukan England termasuk Jude Bellingham dan Jack Grealish.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Dalam pada itu, Polis Cheshire berkata bahawa laporan berkenaan kejadian itu telah diterima oleh mereka pada pukul 10.34 pagi.

“Pada pukul 10.34 pagi, kami telah menerima panggilan laporan mengenai kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah Range Rover hitam dan sebuah BMW.

“Tiang elektrik tumbang di atas jalan menyebabkan kemalangan itu. Tiada individu cedera dan semuanya selesai pada jam 1.05 petang. Kami juga menghubungi syarikat tenaga dan mematikan elektrik,” kata polis Cheshire itu.

Sumber: The SUN