Siakap Keli
pas ambil alih kerajaan
Gambar hiasan | Bernama

PAS Ada Potensi, Diyakini Ambil Alih Kerajaan Persekutuan

PAS Ada Potensi, Diyakini Ambil Alih Kerajaan Persekutuan

TIMBALAN Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan parti itu berpotensi untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Memetik laporan Awani, malah dalam kenyataan yang sama PAS turut diyakini untuk menambah penguasaan beberapa kerajaan negeri.

Jelasnya seperti yang dilaporkan, keyakinan itu disuarakan ekoran melihat gelombang rakyat untuk melakukan perubahan semakin ketara.

“Selangor dan Negeri Sembilan bertuah kerana jentera luar datang membantu, memperkasakan kekuatan di semua kawasan kita bertanding.

“Maka, apa yang sedia ada perlu diperkasakan, dipertahankan.

“Insya-Allah kita penuh yakin, kita punya potensi besar untuk menawan Perak, Pahang, Selangor dan tidak mustahil Negeri Sembilan pada masa depan.

“Insya-Allah, gelombang sokongan pada kita yang satu masa menjadi masalah besar  khususnya kawasan Felda, hari ini Felda menjadi lubuk kita, di kawasan kita bertanding,” katanya memetik Awani.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata demikian semasa berucap dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-69 di Shah Alam hari ini.

Mengenai optimis akan kemampuan PAS, difahamkan Tuan Ibrahim merujuk kepada senario Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung baru-baru ini.

Katanya, gelombang (rakyat) tersebut jelas, walau bagaimanapun PAS difahamkan kurang bersedia untuk menyokongnya.

Justeru maklum beliau, hal tersebut membuatkan hasrat perubahan daripada rakyat tidak dapat disambut dengan baik oleh jentera parti.

Dalam pada itu, bekas Menteri Alam Sekitar tersebut menegaskan bahawa PAS perlu memperkasakan parti terutamanya di kawasan yang cawangannya masih belum kukuh.

“Kita perlu perkukuhkan muafakat politik dalam Perikatan Nasional (PN).

“Di peringkat kawasan perlu diperkukuhkan, diperkasakan agenda ini.

“Kita perlu memperbanyakkan cawangan gerak kerja parti sebab ini adalah asas.

“Bila kita nak pilih kerusi, kekuatan itu salah satu syarat yang perlu ada,” tambahnya lagi seperti yang dilapor Awani.

Sumber: Awani

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.