Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Auto Bavaria & Performance Motors Malaysia Ambil Alih The Arch Galeries Untuk MotorExpo Terbesar

Syamimi
AUTO

Auto Bavaria & Performance Motors Malaysia Ambil Alih The Arch Galeries Untuk MotorExpo Terbesar

Auto Bavaria, bersama Performance Motors Malaysia, bakal menggemparkan Sime Motors MotorExpo 2026, pameran kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad berskala besar yang penuh bertenaga dari hari Jumaat, 5 Jun hingga Ahad, 7 Jun 2026 di Dewan A, XOX Arena, The Arch Galeries Kuala Lumpur, di Jalan Tun Razak.

Dibuka setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga tengah malam, acara ini boleh dikunjungi secara percuma, merupakan pameran automotif terbesar daripada kumpulan pengedar tersebut, yang memperagakan pilihan kenderaan BMW, MINI dan BMW Motorrad yang luas di satu lokasi, disokong oleh promosi eksklusif khas sempena acara dan pengalaman pelanggan yang serba menarik. 

Dengan tema ‘Kereta dan Motosikal Terbaik. Tawaran Terbaik. Inilah Masanya untuk Memiliki BMW, MINI atau BMW Motorrad Impian Anda’ bagi MotorExpo, pengedar kenderaan premium ini menawarkan peluang yang jarang diperolehi oleh pengunjung untuk meneroka salah satu rangkaian kenderaan paling menyeluruh daripada Kumpulan BMW di bawah satu bumbung. Pengunjung juga boleh menyaksikan sendiri dan mendekati inovasi terkini dari segi prestasi, kemewahan dan elektrifikasi, sambil menunggang dan memandu uji dalam suasana yang meriah. 

Jenama BMW akan mengetengahkan pelbagai produk dalam portfolionya termasuk sedan mewah, Kenderaan Aktiviti Sport, model elektrik penuh dan kenderaan M berprestasi tinggi. Turut menambah daya tarikannya ialah pakej pemilikan menarik termasuk rebat tunai lumayan dan pilihan pembiayaan fleksibel menerusi BMW Financial Services Malaysia. Antara sorotan utama termasuk BMW X3 30 xDrive M Sport, yang disediakan dengan ansuran bulanan daripada RM3,340 bersama set hadiah Braun Buffel percuma bernilai RM4,800, dan juga BMW iX1 eDrive20L M Sport, menawarkan nilai luar biasa pada Jun ini dengan rebat menarik dan kadar faedah serendah 1.68% secara eksklusif daripada BMW Financial Services Malaysia.

Sementara itu jenama MINI pula membawakan reka bentuk ikonik dengan 10 edisi dan pilihan yang merangkumi kenderaan petrol dan elektrik, termasuk portfolio John Cooper Works. Kereta yang bakal mencuri tumpuan ialah MINI Aceman Electric, yang disediakan dengan kadar pembiayaan eksklusif serendah 0.88% menerusi BMW Financial Services Malaysia. 

Model lain yang mencuri tumpuan ialah MINI Paul Smith Edition, satu kolaborasi khas dengan pereka fesyen British yang menampilkan estetika yang unik. Pelanggan yang membeli mana-mana model MINI daripada Auto Bavaria di acara ini akan menikmati rebat tunai menarik, set fon kepala SONY percuma bernilai RM1,999 dan pelekat kereta eksklusif, menyerlahkan lagi personaliti tersendiri dan daya tarikan jenama. 

BMW Motorrad akan membawakan pengalaman serba lengkap dengan barisan motosikal premium yang kukuh, menyemarakkan semangat kembara, penjelajahan dan tunggangan prestasi tinggi jenama. Antara yang paling menarik di acara ini ialah pelancaran rasmi BMW F 450 GS yang dinanti-nantikan pada hari Sabtu, 6 Jun 2026 pada jam 11:00 pagi. Di samping itu, para pengunjung berpeluang meninjau secara dekat BMW Motorrad The Jahre edisi khas, model edisi terhad yang meraikan kerjasama Auto Bavaria selama 33 tahun dengan BMW Motorrad di Malaysia.

Mengulas mengenai pameran kereta yang bakal diadakan pada hujung minggu ini, Wong Loke Win, Ketua Operasi di Auto Bavaria, berkata, “Sime Motors MotorExpo 2026 bakal menjadi detik penting untuk kami menghimpunkan rangkaian kenderaan terbaik BMW, MINI dan BMW Motorrad di satu platform yang penuh bertenaga yang mudah dikunjungi oleh pelanggan. Pameran ini merupakan salah satu daripada acara tergabung terbesar kami setakat ini, menjanjikan tawaran pemilikan dan pengalaman pandu uji yang menarik, bagi kami boleh memudahkan pelanggan untuk menerokai kenderaan impian daripada Kumpulan BMW. Sesungguhnya inilah masa terbaik bagi pelanggan untuk menikmati dan memiliki jenama-jenama yang kami wakili.” 

Untuk maklumat lanjut, orang ramai digalakkan untuk menyertai acara ini atau mengunjungi mana-mana bilik pameran Auto Bavaria dalam tempoh kempen.