Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penjaga gol minum air
Gambar: AFP

Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Iqbal Yasir

Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol Dibolosi? Ini Sebabnya

Bola sepak merupakan salah satu sukan yang paling diminati oleh orang ramai. Sukan ini terdiri daripada 11 pemain di atas padang daripada setiap pasukan dan mempunyai peranan tersendiri seperti penyerang, pemain sayap kiri atau kanan, pemain tengah, pemain pertahanan dan benteng terakhir pasukan iaitu penjaga gol.

Setiap kali perlawanan bola sepak, jika mana-mana pasukan lawan menjaringkan gol, salah satu perkara yang dilakukan oleh penjaga gol adalah mencapai botol air mereka.

Tentunya anda tertanya-tanya, mengapa mereka berbuat demikian bahkan bagi seorang penjaga di peringkat dunia sekali pun. Untuk menjawab persoalan itu, mari kita ikuti perkongsian di bawah ini.

Kenapa Penjaga Gol Minum Air Lepas Gol?

Gambar: AFP

Kembali Fokus

Sebenarnya minum air selepas gawang gol dibolosi boleh membantu untuk reset kembali fokus seseorang penjaga gol itu. Lazimnya, penjaga gol bakal ‘terpuruk’ dalam kekecewaan selepas pintu gol mereka ‘bocor’.

Dengan mengambil sedikit masa untuk minum air, ia boleh membantu untuk menenangkan saraf dan kembali fokus dalam perlawanan.

BACA JUGA: Tujuh Pemain Terbaik Pernah Sarung Jersi Nombor Ikonik 7

Hidrasi

Pentingnya seorang penjaga gol untuk kekal hidrasi adalah untuk mengekalkan kualiti permainan selepas mengeluarkan peluh yang banyak.

Lebih-lebih lagi, seorang penjaga gol sentiasa tangkas, cepat dan mempunyai daya tahan sepanjang aksi perlawanan.

Oleh itu, mereka perlu mengantikan semula kandungan cecair dalam badan yang hilang dengan meminum air. Perkara ini sekaligus mengembalikan semula prestasi mereka terutamanya selepas gol dibolosi pihak lawan.

Mengawal Suhu Badan

penjaga gol minum air
Gambar: AFP

Sepanjang permainan, penjaga gol banyak melakukan gerakan dengan bergerak ke kiri dan ke kanan bagi menyelamatkan gawang gol.

Pergerakan yang banyak akan menghasilkan haba dan meningkatkan suhu badan. Oleh itu, dengan meminum air seketika, ia dapat membantu mengawal suhu badan.

Mencegah Dehidrasi

Gambar: Andrew Powell / AFP

Dengan meminum air, ia boleh membantu mengelakkan dehidrasi terhadap seseorang termasuk penjaga gol.

Umumnya, dehidrasi mengakibatkan keletihan, kekejangan otot, dan penurunan dalam fungsi kognitif. Perkara ini boleh menjejaskan keupayaan penjaga gol untuk bermain pada tahap terbaik.

Oleh itu, minum air secara kerap dalam perlawanan dapat mengelakkan dehidrasi dan mengekalkan tahap tenaga benteng terakhir pasukan.

Berapa Banyak Air Perlu Diminum Oleh Penjaga Gol?

Secara umumnya, air boleh diminum sebelum, semasa dan selepas permainan.

Untuk penjaga gol, mereka disyorkan untuk meminum sekurang-kurangnya 500 mililiter (17-20 auns air) antara dua hingga tiga jam sebelum perlawanan.

BACA JUGA: Kenapa Pemain Bola Diiringi Kanak-kanak Ketika Masuk Dalam Padang? Ini Sebabnya

Manakala sekitar lebih 200 mililiter setiap 10 hingga 20 minit ketika permainan. Selepas perlawanan, penjaga gol harus minum air yang mencukupi untuk menggantikan sebarang cecair yang hilang dalam badan semasa permainan.

Boleh Ke Minum Minuman Selain Air Kosong?

Gambar: AFP

Boleh. Sekiranya anda menonton mana-mana perlawanan bola sepak, penjaga gol atau pemain juga boleh minum jenis minuman lain selain air kosong semasa perlawanan.

Selain itu, sekadar info tambahan, pemain lawan juga boleh mengambil air lawan sekiranya mereka tidak mempunyai botol air. Berbeza dengan sukan hoki, para pemain dikehendaki memiliki botol air sendiri.

Kesimpulannya, minum air selepas gawang gol dibolosi merupakan amalan biasa bagi penjaga gol bola sepak. Hal ini kerana air minuman membantu mengawal suhu badan, mencegah dehidrasi dan menetapkan semula fokus mereka dalam permainan.

Sumber: Soccer Folder