Siakap Keli
Gambar via allkpop

Setelah 6 Tahun, Jeon So Min Bakal Keluar Dari Running Man

Setelah 6 Tahun, Jeon So Min Bakal Keluar Dari Running Man

Ada tak penggemar rancangan Running Man? Kalau ada yang melayan rancangan itu, mesti ada ahli kegemaran kan?

Kalau ada ahli yang akan keluar dari Running Man mesti peminat-peminat akan rasa sedih. Mana taknya, kita dah lama ikuti rancangan itu dan lihat gelagat mereka semua.

Sebelum ini, Lee Kwang Soo telah meninggalkan rancangan itu. Episod terakhir Lee Kwang Soo telah menyebabkan ramai peminat mengalirkan air mata.

Kali ini pula, Jeon So Min bakal meninggalkan Running Man setelah enam tahu dia menyertai rancangan itu.

Pada 23 Oktober, King Kong dari Starship telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jeon So Min akan menjalani penggambaran episod terakhirnya pada 30 Oktober KST, sebelum mengundur diri dari ‘Running Man’.

“Disebabkan hubungannya dengan rancangan itu tidak pendek, Jeon So Min berfikir dengan serius dan setelah perbincangan yang panjang bersama ahli Running Man, pasukan produksi dan agensi dia memutuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat supaya dia dapat menunjuk dirinya yang lebih baik,” kata kenyataan itu.

Mereka juga menambah, “Kami berterima kasih kepada semua yang menangis dan ketawa dengan Jeon So Min dalam Running Man sejak April 2017 selama enam tahun, dan kami meminta kasih sayang dan sokongan hangat anda untuk Jeon So Min maju ke hadapan,”

Ramai peminat yang sedih selepas pernyataan itu dikeluarkan. Mereka juga risau sekiranya rancangan Running Man akan terus ditamatkan sekiranya ramai lagi ahli yang akan keluar.

Ada juga yang berkata rancangan itu sudah terlalu lama dan perlu ditamatkan. Kata mereka, daripada asyik menambah ahli baru, lebih baik mereka membuat rancangan variasi yang baru dengan ahli Running Man yang lama.

Ada juga yang menyokong tindakan Jeon So Min dan berharap agar mereka dapat melihat So Min menjadi tetamu undangan untuk rancangan itu pula.

Banyak pendapat yang berlainan dalam ruangan komen itu. Yang pastinya, Jeon So Min akan membuat penggambaran terakhir pada 30 Oktober nanti.

Sumber: allkpop

BACA JUGA: Siri Anime Baharu, Dragon Ball DAIMA Ditayang Tahun Depan

 

 

Nurul Alya