Siakap Keli
Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Dapat Hasil Yang Banyak & Berkualiti, Ini Tip Tanam Labu Yang Anda Perlu Tahu

Dapat Hasil Yang Banyak & Berkualiti, Ini Tip Tanam Labu Yang Anda Perlu Tahu

Labu menjadi salah satu tanaman yang popular kerana ia bukan sahaja boleh dimasak sebagai menu utama tetapi boleh juga diproses menjadi kudapan.

Antara masakan yang menjadi kegemaran masyarakat termasuklah labu masak lemak, labu masak kuning, lepat labu, cucur labu manis dan banyak lagi.

Jadi, tidak hairan mengapa labu sangat digemari oleh kebanyakan komuniti dan menjadi salah satu bahan ‘wajib ada’ di dapur rumah khususnya untuk suri rumah.

Labu kebiasaannya ditanam melalui percambahan biji benih. Oleh itu, pemilihan biji labu sangat penting bagi memastikan hasil semaian mengeluarkan labu yang banyak, berkualiti dan bersaiz besar.

Sehubungan itu, SK akan berkongsikan tip menanam labu yang betul menerusi perkongsian Siti Rokiah Che Hat dalam Facebook Kumpulan Jom Berkebun Dirumah (Untuk Beginner) di bawah ini.

Cara Tanam Labu yang Betul

Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Bagaimanakah cara untuk tanam pokok labu untuk menghasilkan buah yang banyak?

Pengenalan

Labu antara sayur-sayuran yang tergolong sekali dengan labu adalah tembikai, timun, peria, dan skuasy. Kaedah pengurusan seperti pengurusan serangga perosak, dan kawalan penyakit adalah sama di kalangan sayur-sayuran ini. 

Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Penyediaan Anak Benih Labu Dan Langkah

1. Biji benih dirawat dengan Benomyl

2. Benih direndam selama 24 jam

3. Biarkan ia kering

4. Benih sedia untuk disemai

BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Jenis Tanah Yang Sesuai

Labu memerlukan tanah yang agak subur dan saliran yang baik. Hasil maksimum boleh dicapai di tanah bertekstur sederhana dengan kapasiti pegangan air yang tinggi dan saliran air yang baik. 

Labu boleh ditanam di pelbagai tanah, tetapi tanah liat tidak digalakkan. Ini adalah kerana tanah liat mempunyai pengudaraan yang lemah dan saliran air yang terhad, yang boleh memudaratkan pertumbuhan akar dan meningkatkan reput buah. 

Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Persediaan tanah

Persediaan tanah adalah untuk memastikan labu mempunyai pertumbuhan yang sekata. Tanah perlu digembur beberapa kali iaiitu sebelum ditanam. 

Penyediaan tanah memberi masa untuk biji benih untuk bercambah. Benih labu akan ditanam di atas tapak semaian yang mempunyai ketinggian antara 15 hingga 20 cm tinggi.

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Penyemaian

Biji benih boleh disemai terus ataupun melalui pemindahan dari tray semaian. Benih akan ditanam dengan kedalaman antara 2 hingga 4 cm.

Biji benih akan disemai antara dua hingga tiga biji dalam satu lubang dan akan dinipiskan untuk mendapatkan anak pokok yang seragam dan sihat.

Program Pembajaan

Nitrogen adalah baja yang paling diperlukan, walaupun fosforus kadang-kadang diperlukan untuk menggalakkan akar benih yang baik.

Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Suhu

Buah labu mempunyai hasil yang tinggi apabila cuaca yang panas, tetapi suhu adalah tidak terlalu tinggi, kerana boleh menyebabkan buah terbakar terkena matahari dan isi buah labu akan menjadi lembik.

BACA JUGA: Lebat & Merimbun, Akak Ni Kongsi Hasil Tanam Buah Mangga Guna Cara Ni

Jarak Tanaman

Jarak tanaman adalah 1.0 x 1.0 m.

Saiz buah labu boleh diubahsuai dengan jarak tanaman. Jika anda inginkan buah labu yang besar, anda perlukan jarak yang lebih luas.

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Sungkupan

Menggunakan rumput atau poliethylene memberi beberapa kebaikan kepada anda;

Meningkatkan suhu tanah, mempercepatkan pertumbuhan anak pokok. Ia juga memulihara kelembapan tanah, mengurangkan beberapa masalah seperti pemadatan tanah, mengelakkan buah mereput di atas tanah, kehilangan baja, dan persaingan sesama anak pokok.

Pengurusan Rumpai

Menggunakan polyethylene atau sungkupan sebagai sebahagian daripada strategi kawalan rumpai.

Pendebungaan

Anak pokok labu menghasilkan bunga jantan dan bunga betina pada anak pokok yang sama. Ia dipanggil sebagai monoecious.

Gambar: Siti Rokiah Che Hat
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Kedua-dua jenis bunga dibuka untuk hanya satu hari dan pada waktu pagi. Dua sehingga enam ekor lebah madu cukup untuk mencapai tahap aktiviti pendebungaan yang optimum.

BACA JUGA: Dapat Tuai 3 Kali Seminggu, Ini Tips Tanam Kacang Botor Untuk Hasil Terbaik

Pengurusan Penyakit

Penyakit labu utama menyerang adalah seperti:

1. Damping-off (penyakit benih)
2. Disebabkan virus (menyebabkan pertumbuhan perlahan dan mengubah pembentukan buah labu).
3. Angular leaf spot
4. Downy mildew
5. Scab
6. Black rot
7. Phytophthora blight
8. Untuk mengawal kebanyakan penyakit ini, pemilihan varieti yang tahan penyakit perlu dibuat.

Tip tanam labu
Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Tuai dan Penyimpanan

Buah labu boleh dituai apabila kulitnya sudah keras dan tidak boleh ditembusi. Walaupun sudah dituai, buah labu perlu disimpan untuk memanjangkan jangka hayat buah selepas tuai. 

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Kulit buah labu yang matang kelihatan kusam dan kering berbanding dengan buah yang tidak matang yang mana akan lebih segar dan terang kulit. Tinggalkan batang panjang (pemegang) pada labu).

Suhu penyimpanan buah labu adalah tinggi hingga 24-30°C dengan kelembapan relatif 75-80% selama kira-kira 5-10 hari. Ia tidak boleh disimpan di suhu di bawah 10°C.

Gambar: Siti Rokiah Che Hat

Akhir kata, Diharapkan perkongsian cara tanam labu ini dapat membantu para pembaca untuk menanam labu secara betul.

Selamat mencuba. 

Sumber: Siti Rokiah Che Hat Via Facebook Kumpulan Jom Berkebun Dirumah (Untuk Beginner)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.