Siakap Keli
gelinciran zuhal bulan
Kredit: Celestron/Facebook

Fenomena Pertemuan Planet Zuhal Dengan Bulan Malam Ni

Fenomena Pertemuan Planet Zuhal Dengan Bulan Malam Ni

Orang ramai berpeluang menyaksikan sendiri fenomena pertemuan planet Zuhal dengan Bulan dalam keadaan selari di angkasa pada malam nanti.

Menerusi Celestron, ia memuat naik mengatakan orang ramai boleh mencerap planet keenam itu dengan Bulan menggunakan mata kasar.

Difahamkan, Bulan akan melepasi planet tersebut selepas matahari terbenam.

“Bulan dan Zuhal akan sejajar di langit malam, berkongsi kenaikan yang sama.

“Bulan akan melepasi kira-kira dua darjah dan 46 minit ke selatan Zuhal selepas Matahari terbenam. Ia adalah saat yang akan membuatkan anda kagum.

“Jangan lepaskan pertemuan rapat antara jiran cakerawala terdekat kita dan planet cincin ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, NASA Solar System berkata planet Zuhal akan muncul di atas Bulan yang berkilauan pada senja petang jam 7.17 petang (EDT).

Jelasnya, Zuhal akan berada tujuh darjah ke kiri atas Bulan dan Bulan akan mencapai paras tertinggi di langit malam kira-kira 1.5 jam kemudian (pada 8:57 malam).

“Bulan akan terbenam dahulu di ufuk barat-barat daya kira-kira 5 jam selepas itu (pada 2:13 AM), dengan Zuhal kira-kira empat darjah di sebelah kanan atas,” katanya.

Fenomena itu dijangka akan berlaku lagi sekali pada 20 November depan.

Zuhrah, Bulan bertemu pada Mei 2023

Mei tahun lalu, planet Zuhrah dan Bulan juga bertemu membuatkan rakyat teruja menyaksikannya dengan mata kasar.

Keterujaan itu dapat disaksikan apabila perkongsian warga maya berkenaan gambar dua objek angkasa itu yang dikongsikan di media sosial menjadi trending.

Selain Malaysia, fenomena tersebut turut disaksikan oleh pelbagai negara lain seperti Filipina, Jepun, India dan lain-lain lagi.

Fenomena ini jelas dapat dilihat dengan mata kasar di banyak tempat, termasuk di Malaysia sekiranya langit berada dalam keadaan cerah.

Untuk makluman, planet Zuhrah adalah planet kedua terdekat dengan Matahari mengambil masa lebih pendek untuk melakukan putaran lengkap pada orbitnya.

Difahamkan, planet terpanas di Sistem Suria itu hanya mengambil masa 224.7 hari Bumi untuk melengkapkan orbitnya.

Selain bulan dan Zuhrah, planet Marikh dan beberapa bintang lain turut berada berdekatan antara satu sama lain.

https://www.facebook.com/celestron/posts/pfbid02SUkBkrL7vh3Zy6k9Bbsw7R5SvTV1ssE7y1BiffcnmyJaZqFv3U9KEvZFakW7GCMdl

Sumber: Celestron/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.