Jadi Trending, Netizen Pakat Kongsi Gambar Zuhrah & Bulan ‘Bertemu’ Malam ini
Warga maya berkongsi perasaan teruja apabila fenomena Bulan dan Zuhrah ‘bertemu’ dapat disaksikan malam ini.
Keterujaan itu dapat disaksikan apabila perkongsian warga maya berkenaan gambar dua objek angkasa itu yang dikongsikan di media sosial menjadi trending.
Moon and venus watching over us tonight. pic.twitter.com/dri168hivN
— Farah Farseer 🇲🇾 (@Neboo94) May 23, 2023
Crescent moon and Venus over KL night sky. pic.twitter.com/Ks3L32SSvz
— Jahabar Sadiq (@jsadiq) May 23, 2023
Moon and Venus tonight pic.twitter.com/GPHyqa7BDt
— tauseef.⚡ (@tauseefiasco) May 23, 2023
Selain Malaysia, fenomena ini turut disaksikan oleh pelbagai negara lain seperti Filipina, Jepun, India dan lain-lain lagi.
twilight snap ~moon&venus~
2023.05.23 19:17pm#photography #キリトリセカイ#写真で伝える私の世界 #写真好きな人と繋がりたい #カメラ好きな人と繋がりたい pic.twitter.com/BXqtYmH4Fe— 𝔰𝔥𝔦-𝔫𝔞❦ (@sinayuki) May 23, 2023
Close Approach of MOON and VENUS✨🌙
Captured in Los Baños, Laguna
May 23, 2023 | 8:19 PM#ScienceKonek pic.twitter.com/vWC1lal1Ks— William Abran 🛰️🔭🇵🇭 (@will_spacenaut) May 23, 2023
Berdasarkan foto-foto di atas, planet Zuhrah yang turut dikenali sebagai bintang kejora berada di samping bulan yang berbentuk sabit.
Fenomena ini jelas dapat dilihat dengan mata kasar di banyak tempat, termasuk di Malaysia sekiranya langit berada dalam keadaan cerah.
Untuk makluman, planet Zuhrah adalah planet kedua terdekat dengan Matahari mengambil masa lebih pendek untuk melakukan putaran lengkap pada orbitnya.
Difahamkan, planet terpanas di Sistem Suria itu hanya mengambil masa 224.7 hari bumi untuk melengkapkan orbitnya.
Selain bulan dan Zuhrah, planet Marikh dan beberapa bintang lain turut berada berdekatan antara satu sama lain
Menurut akaun Twiter NASA Solar System (@NASASolarSystem), kita dapat melihat bulan, planet Zuhrah dan Marikh berada berdekatan antara satu lain dalam beberapa malam selepas waktu matahari terbenam.
Walau bagaimanapun, NASA memaklumkan bahawa ketiga-ketiga entiti tersebut dapat dilihat pada belah barat.
After sunset the next few nights, watch for the Moon, Venus, and Mars close together in the west: https://t.co/Jc15v5QmAW
What's the most beautiful scene you've seen in the sky? pic.twitter.com/WJFiyOFWya
— NASA Solar System (@NASASolarSystem) May 22, 2023
Berdasarkan Twitter Earth Sky (@earthskyscience) pula, terdapat beberapa bintang lain yang menemani ketiga-tiga entiti angkasa tersebut iaitu, bintang Pollux dan Castor.
“Bulan sabit akan berada berdekatan planet Zuhrah yang kelihatan sangat jelas selepas waktu matahari terbenam malam ini dan pada awal minggu ini. ”
“Lihat juga dua buah bintang yang bersinar dan berada berdekatan dengannya. Bintang-bintang tersebut merupakan sebahagian daripada buruj Gemini iaitu, Castro dan Pollux.”
Memetik Sinar Harian, kejadian ini dilaporkan agak sedikit jauh jika dibandingkan dengan fenomena yang berlaku pada 24 Mac lalu.
Sungguhpun begitu, warga maya tetap berpendapat fenomena ini cukup indah dan pengalaman merakam saat ini sebagai sekali seumur hidup.
Terdahulu, rakyat Malaysia menzahirkan perasaan teruja ketika menyaksikan keindahan kejadian penghijaban planet Zuhrah oleh bulan pada waktu Maghrib pada tanggal 23-24 Mac 2023.
Fenomena ini dikatakan cukup istimewa kerana ia berlaku pada awal Ramadan untuk tahun 1444 Hijrah.
BACA: Mesti Ramai Rindu, Kenali Pasukan Aerobatik Legenda “Smokey Bandits” TUDM
Sumber: Twitter Orang Ramai, Sinar Harian