Siakap Keli
smokey bandits tudm
Gambar: BERNAMA

Mesti Ramai Rindu, Kenali Pasukan Aerobatik Legenda “Smokey Bandits” TUDM

Mesti Ramai Rindu, Kenali Pasukan Aerobatik Legenda “Smokey Bandits” TUDM

Perasan atau tidak? Setiap kali kita membuka media sosial pada dua tiga hari ini, feeds sering menyajikan kita dengan video-video pertunjukan pesawat pejuang.

Kapal-kapal pejuang ini akan bergerak mengikut formasi tertentu dan sesetengah akan mengeluarkan asap berwarna bagi merancakkan lagi sesi pertunjukan udara.

Untuk makluman, video-video tersebut merupakan sebahagian daripada sedutan pertunjukan udara di Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA).

Pada tahun ini, LIMA akan diadakan selama lima hari, bermula dari 23 Mei 2023 sehingga 27 Mei 2023.

Memetik laporan Astro Awani, pameran udara ini turut disertai lima negara yang terkenal iaitu Rusia, Thailand, Indonesia, Korea Selatan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Justeru, kita dapat melihat lima buah pasukan pertunjukan aerobatik pesawat terkenal seperti Black Eagle (Korea Selatan), Russian Knight (Rusia), Ba Yi (China), Fursal Al Emarat (Emeriah Arab Bersatu, UAE) dan Jupiter (Indonesia).

Ada tak pasukan pesawat tempur aerobatik dari Malaysia?

Dengan kemunculan LIMA bagi edisi ke-16 ini, kita sudah semestinya akan terkenang beberapa pasukan pertunjukan aerobatik pesawat tempatan.

Ramai yang tak tahu, sebenarnya Malaysia juga memiliki pasukan aerobatik tersendiri yang dikenali sebagai Smokey Bandits.

Smokey Bandits merupakan sebuah pasukan pertunjukan aerobatik pesawat yang bernaung di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia.

Menurut Aerobatics Team, pasukan ini mengendalikan lima buah pesawat pejuang model MiG-29N Mikoyan.  Semua pesawat tersebut dicat dengan warna kelabu standard, menjadikan persembahan Smokey Bandits lebih elegan dan memukau.

Dahulunya, pasukan ini difahamkan berpangkalan di Kuantan, Pahang. Mungkin ramai tertanya-tanya, daripada mana nama Smokey Bandits ini muncul, kan?

Nama pasukan ini diambil daripada hasil pelepasan asap daripada dua enjin pesawat tempur buatan Rusia ini ketika beroperasi dalam tujahan penuh.

Selain daripada nama ‘Smokey Bandits’, pasukan ini turut dikenali sebagai unit Skuadron No. 17/19 ataupun nama lainnya, ‘Taufan Ganas’.

Pasukan ini pertama kali ditubuhkan pada 2001, iaitu kira-kira 22 tahun yang lalu. Bagi peringkat antarabangsa pula, Smokey Bandits telah membuat penampilan pertama ketika Brunei International Defence Exhibition (BRIDEX) pada 6 – 9 Julai 2011.

Selain Brunei, pasukan ini dilaporkan menembusi ruang udara Singapura buat kali pertama pada 12 Februari 2012.

Memetik laporan AIN Online, Smokey Bandits turut tampil dalam pertunjukkan udara selama lapan minit di 2012 Singapore Airshow.

Selain itu, pasukan ini turut pernah membuat persembahan aerobatik di Grand Prix Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dan pertunjukan udara LIMA. 

Berikut merupakan beberapa klip-klip persembahan aerobatik pasukan tersebut.

BACA: Campur 3 Bahan Ini, Tips Nak Buat Sebotol Sabun Cuci Pinggan Tahan 5 Kali Lebih Lama

Sumber: Aerobatics Team, Astro Awani, AIN Online

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma