Siakap Keli
Mayat wanita kolam
Gambar: Bernama

Mayat Wanita Ditemukan Terapung Dalam Kolam 

Mayat Wanita Ditemukan Terapung Dalam Kolam 

KEPALA BATAS, 24 Okt (Bernama) — Mayat seorang wanita tanpa identiti ditemukan terapung di sebuah kolam di kawasan Pokok Machang, Tasek Gelugor, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie, berkata mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih daripada 24 jam itu ditemukan seorang lelaki yang melalui kawasan tersebut pada jam 6.50 petang sebelum menghubungi pihak polis memaklumkan kejadian berkenaan.

“Lelaki yang menjumpai mayat itu memaklumkan dia ternampak satu objek seperti bangkai dalam keadaan tertiarap dan apabila mendekati dia terkejut apabila mendapati ia adalah badan manusia.

“Mayat ini kemudian dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA JUGA: Lelaki Dipercayai Orang Asli Ditemukan Lemas 

Beliau meminta kerjasama orang ramai  yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu atau kehilangan ahli keluarga agar menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Winston Raip di talian 04- 576 2222 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: BERNAMA

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.