‘Banyak Ragam’, Ini Sebab Kenapa Budak Sekolah Suka ‘Healing’ Kat Tandas
“CIKGU!”
“Iyaa Mad. Kenapa?”
“Saya nak ke tandas,”
“Ok, silakan,”
“Masuk ni dah enam orang student aku asyik keluar ke tandas. Tadi ada yang kata nak buang air, pastu ada yang nak basuh muka. Ada pulak nak ‘membuang’. Masalahnya pergi tandas tu bukan kejap, tapi lama. Apa diorang buat sebenarnya eh?”
Ni la rutin setiap hari yang cikgu-cikgu hadap time mengajar kat kelas. Lepas sorang, sorang nak pergi tandas. Lepas tu sorang lagi. Tak cukup ke tandas, ada pulak tu yang ‘menyempat’ suka balik ke kelas ikut jalan lain.
Ha macam yang ditulis tadi, waktu cikgu mengajar ni la yang diorang nak ke tandas pun. Tapi apa yang seronok sangat kat tandas tu eh? Nak tau tak apa pengalaman min masa sekolah dulu? Meh min cerita.
Biasanya pelajar ni akan bagi dua alasan paling ‘common’ sebab nak ke tandas. Sama ada nak buang air kecik atau besar, ataupun nak basuh muka sebab mengantuk. Biasalah kan bila dah lama-lama dalam kelas, sampai masanya nak kena refreshing balik muka tu.
Selain tu, ada lagi sebab lain kenapa pelajar suka ke tandas, iaitu nak jumpa kawan. Yelah, kadang nak borak dengan kawan dalam kelas time cikgu mengajar macam tak baik pulak. Ha jadi pergilah ke tandas, dapatlah borak lama-lama.
Tapi kan, lepas habis urusan kat tandas, nak tau apa min buat? Min bukan balik ke kelas dulu eh. Perjalanan min sangatlah panjang. Lepas je kaki melangkah keluar dari pintu tandas, maka bermulalah ‘permusafiran’ min.
Pusing tangga belah sana, naik turun tingkat, lalu kat blok lain, singgah kelas kawan membawang kejap, agak-agak dah cukup ‘dua marhalah’ barulah kaki tu sampai jugak ke kelas sendiri. Alhamdulillah.
Korang yang baca artikel ni, takyah tipulah yang korang sendiri pun masa zaman sekolah dulu-dulu memang suka ke tandas kan? Lagikan pulak zaman sekarang, tandas semua dah makin cantik, selesa, bersih, nak guna pun takda was was dah.
Tandas dah cantik, ni baru betul port healing!
Bercakap pasal tandas, korang perasan tak baru-baru ni viral kat media sosial orang share pasal tandas sekolah dah cantik? Dulu kemain rosak sana-sini. Lepas je PM dan Menteri Pendidikan datang, terus berubah dah makin cantik dah.
Apa yang lagi best, dia punya renovasi tu bukan biasa-biasa je guys.
Sampai kita yang tengok ni pun confuse jap, betul ke ni tandas sekolah? Cantik nau. Terfikir jugak kan, dari manalah sekolah-sekolah ni dapat bajet untuk baik pulih tandas?
Kalau korang nak tahu, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan dah pun jalankan usaha membaik pulih tandas-tandas sekolah yang rosak, sebagai inisiatif nak bagi pelajar berasa lagi selesa sekaligus buat diorang bersemangat.
Ikutkan bajetnya bukan kecik ye. Difahamkan kerajaan suntik bajet RM1.4 bilion untuk peruntukan baik pulih institusi-institusi pendidikan di bawah KPM, di mana RM650 juta daripadanya je adalah untuk ‘repair’ dan renovasi tandas.
Makna kata, kos setiap tandas sekolah yang nak dibaiki tu jumlahnya sebanyak RM70,000!
Kalau korang perasan, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali ada cakap yang peruntukan sebesar tu adalah termasuk nak baiki tandas yang jadi benda nombor satu nak dibuat, iaitu memastikan pelajar selesa dan bersemangat datang ke sekolah.
Yang best nya benda ni bukan kena tunggu berbulan lamanya baru jalan, tapi pelaksanaan segera dalam tempoh tiga bulan! Senarai sekolah, berapa banyak yang kena buat semua dah direkod oleh Kementerian Pendidikan.
Jadi daripada peruntukan tu, setiap sekolah akan dapat dana RM70,000 untuk selenggara-selenggara kecil termasuk tandas. Kata Pkharuddin, kalau tandas dah sempurna barulah pelajar seronok nak ke sekolah.
Logiknya, siapa jela yang suka nak datang kerja kalau tandas office kotor? Haa gitulah pelajar sekolah jugak.
Kesimpulannya min nak kata, negara kalau maju macam mana sekali pun tapi tandas tak perform, ia agak susah sebenarnya. Susah. Sebab tandas ni simbolik kebersihan. Kalau bersih tandasnya, maka pembersihlah orangnya.
Teringat pula PM Anwar baru-baru ni ada sebut dalam ucapan dia. Dia kata, negara kita hebat, maju, bermacam polisi ada tapi bab tandas boleh dikatakan agak dipandang sepi.
“Sebelum kita bincang bab besar-besar, selesaikan tandas anak-anak kita..”
“Kita dok kira bangunan mercu tanda tinggi, jambatan paling panjang, kira yang hebat-hebat semua..Tandas tempat anak kita belajar pun tak terurus. Mungkin, tahun depan kita nak tengok semua tandas masjid pulak,”
Video ucapan PM:
Jadi sekarang kita semua dah dapat jawapan kan, kenapa budak sekolah suka sangat lepak kat tandas? Rupanya nak healing sebab tandas dah cantik!