Siakap Keli
peperiksaan

Bukan Cikgu Pun Boleh Mohon, Ni Cara Nak Jadi Pengawas Peperiksaan

Korang sebagai rakyat Malaysia mesti rindukan kenangan waktu sekolah dulu kan? Lebih-lebih lagi kenangan ketika menduduki peperiksaan. Mana tidaknya, masa tu kita bertungkus-lumus untuk memastikan yang kita memperoleh keputusan yang cemerlang supaya masa depan lebih terjamin.

Bercakap tentang kenangan ketika menduduki peperiksaan, terngiang-ngiang dalam kepala min ni mengenai ragam kawan-kawan min masa tu. Ada yang tidur lepas jawab kertas peperiksaan dan ada juga yang asyik merenung kertas soalan, tak tahulah samada diorang tak tahu nak mula atau tak nak mula langsung. Malahan, tak kurang juga ada yang cuba mengintai jawapan dengan kawan sebelah, siap nak bincang pula tu. Yang paling min tak boleh lupa, ada juga yang bawa ‘toyol’ semasa dalam dewan peperiksaan. Tapi, ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga’. Malangnya, kantoi dengan pengawas peperiksaan yang bertugas pada ketika itu.

Ya, begitulah ragam-ragam kebanyakan daripada kita yang menjawab peperiksaan ketika di zaman sekolah. Memang tidak dinafikan, mesti terhibur pengawas peperiksaan tengok gelagat kita masa tu. 

Bercakap pasal pengawas peperiksaan, korang tahu kan sekarang orang awam pun dah boleh apply jadi pengawas peperiksaan? Syarat pun tak susah, lepasan SPM pun boleh mohon. 

KPM Tawar Rakyat Malaysia Untuk Jadi Pengawas Peperiksaan

Untuk maklumat korang, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) buat pertama kalinya telah memutuskan untuk membuka permohonan pengawas peperiksaan awam kepada rakyat Malaysia seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. 

Permohonan bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang akan tiba tak lama lagi. Minat nak mohon? Jom min share cara dia.

Korang boleh kemukakan permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan yang min sediakan di sini

Ada 5 kategori pemohon yang ditetapkan KPM iaitu: 

  • Kategori 1 pesara kerajaan (skim pegawai perkhidmatan pendidikan)
  • Kategori 2 (pelajar institusi pengajian tinggi awam, swasta, institusi guru, lepasan asasi atau matrikulasi 
  • Kategori 3 (guru sekolah menengah agama kerajaan negeri, swasta, Maktab Rendah Sains Mara 
  • Kategori 4 (anggota kumpulan pelaksana atau pekerja kontrak kerajaan) 
  • Kategori 5 ( kakitangan bukan kerajaan, pesara kerajaan dan pesara swasta

Syarat yang ditetapkan pula antaranya mereka yang merupakan warganegara Malaysia, kelayakan SPM atau kelayakan setaraf dan berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 65 tahun.

Korang yang berjaya dan disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi interview di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berdekatan. Manakala, permohonan korang dianggap tidak berjaya jika tidak menerima sebarang jawapan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan.

Sebenarnya permohonan ini adalah salah satu daripada 7 inisiatif KPM untuk meringankan beban guru. Antara inisiatif yang lain seperti:

  • sebarang bentuk sambutan, pertandingan  atau majlis yang tidak memberikan impak kepada pelajar dimansuhkan, 
  • semakan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) dikurangkan sekali setahun, 
  • waktu mengisi data kehadiran murid melalui sistem APBM dilanjutkan
  • mengehadkan penganjuran sambutan Hari Guru Tahunan kepada peringkat kebangsaan dan sekolah saja
  • menetapkan ringkasan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di peringkat KPM yang merangkumi elemen objektif, pengajaran dan refleksi
  • guru diberi autonomi dalam perancangan dan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pentaksiran bilik darjah (PBD) dengan menjadikan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) sebagai rujukan

Ada pertanyaan lanjut? Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh emel kepada Lembaga Peperiksaan Malaysia di [email protected]. Jika nak tahu sebarang info terkini mengenai inisiatif KPM pula, korang boleh ke page rasmi KPM di laman sosial Facebook, X dan Instagram.

Adib Mohd