Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pencuri Percaya Boleh Jadi Halimunan Guna Tangkal Berjaya Dicekup
Seorang pencuri remaja di Thailand yang percaya dirinya mempunyai kebolehan menjadi halimunan akhirnya berjaya ditangkap di daerah Ban Dung di Udon Thani, lapor The Thaiger.
Walaupun pernah berjaya melepaskan diri sebelum ini, pencuri tersebut akhirnya berjaya ditangkap oleh warga setempat selepas cubaannya untuk mencuri sebuah motosikal gagal.
Selepas menggeledah beg yang dibawanya, penduduk telah menemui pelbagai barangan curi antaranya ialah pokok ganja.
Selain itu, turut ditemui dalam simpanan beg remaja itu adalah bunga lily, gelang azimat Buddha, dan wang kertas 100 baht.
Pencuri tersebut mendakwa bahawa azimat yang ditemui itu digunakan sebagai tangkal untuk membantunya menjadi halimunan ketika mencuri.
Susulan penahan suspek itu, pentadbir laman Facebook Ban Dung, Veeraphol Raksemavong melaporkan bahawa suspek adalah penduduk Na Pho di daerah Phen.
Suspek berjaya ditangkap bersama sebuah motosikal Honda Wave hitam yang tidak mempunyai plat lesen dan digunakan sebagai kenderaan ketika melakukan jenayah itu.
Ketika kejadian, suspek dikatakan telah ternampak sebuah motosikal Scoopy-i yang diletakkan di luar rumah lalu melarikan motosikal tersebut.
Bagaimanapun, pemilik motosikal yang sedang tidur berhampiran ternampak aktiviti kecurian itu lalu membunyikan penggera.
Pemilik motosikal itu kemudiannya telah bertindak mengejar suspek dengan trak pikapnya dan berjaya menangkap suspek tersebut.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Pemilik motosikal itu memberitahu media tempatan bahawa suspek merupakan remaja berusia 19 tahun dan menggunakan ilmu sihir.
“Seorang penjenayah muda, baru berusia 19 tahun dan apa yang mengejutkan saya tidak tahu apa jenis sihir yang digunakannya.
“Dia memiliki bunga lily dan gelang azimat Buddha dan mendakwa ia boleh membuatnya tidak kelihatan. Tetapi dia tidak berjaya melarikan diri. Dia akan berdepan dengan karma dan dimasukkan ke dalam penjara,” kata pemilik motosikal itu.
Dalam pada itu, selepas ditanya berkenaan bunga lily dan azimat Buddha di dalam begnya, suspek berkata bahawa ia adalah azimat bertuahnya.
Sumber: The Thaiger