Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sekawan Burung Dirakam Berterbangan Di Demonstrasi Palestin Di Beberapa Negara
Pergolakan yang berlaku di Timur Tengah telah mula membuka mata ramai orang di seluruh dunia.
Ramai mula menyatakan pendirian mereka berkenaan isu yang sedang hangat dibincangkan ini.
Dalam pada itu, orang ramai juga dilihat telah melakukan demonstrasi awam bagi meluahkan perasaan serta pendapat berhubung konflik tersebut.
Di serata dunia, dapat dilihat bahawa beribu-ribu orang bersatu dan berkumpul untuk berdemonstrasi.
Apa yang lebih menarik lagi, bukan sahaja manusia yang turut serta berdemonstrasi, namun haiwan juga dirakam seakan ikut serta dengan demonstrasi yang diadakan.
Terbaru, sebuah video yang memaparkan sekumpulan burung berterbangan bebas di atas peserta yang sedang bersoladirati untuk Palestin telah tular di media sosial.
Dalam video perkongsian di TikTok oleh @waaaanaaaa itu telah menunjukkan sekumpulan burung itu mengiringi para peserta demonstrasi.

Apa yang lebih mengejutkan adalah, bukan di satu tempat sahaja, malah kejadian burung berterbangan mengelilingi peserta demonstrasi itu juga turut terjadi di beberapa negara lain.
Sekumpulan burung itu dilihat mengiringi kumpulan peserta demonstrasi di Birgmingham, Netherlands dan Sydney.

Dalam perkongsian selama 10 saat itu, kumpulan burung itu seperti turut menyertai perarakan demonstrasi yang sedang dijalankan.
“Ia bukan satu kebetulan,” tulis kapsyen muat naik perkongsian tersebut.
Perkongsian muat naik itu telah menjadi bualan ramai dan mendapat perhatian pengguna media sosial tersebut. Netizen juga dilihat telah meninggalkan komen berkenaan kejadian yang unik itu.
BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Burung adalah simbol pembebasan dan harapan,” tulis seorang netizen yang memberi penerangan berkenaan kumpulan burung itu.
“Allah akan sentiasa mendengar doa kita semua. Semoga terus tabah kamu semua,” tulis seorang lagi pengguna TikTok.
“Saya perasan perkara yang sama pada protes di Auckland tetapi saya tidak sempat untuk merakam video,” tulis seorang netizen yang mendakwa mengalami perkara yang sama sewaktu demonstrasi.
Sembilan negara Arab pada Khamis menuntut Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) segera menguatkuasakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh menteri luar Mesir, Jordan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Kuwait, Bahrain, Oman dan Maghribi.
Kenyataan itu mengutuk “serangan terhadap orang awam, pemindahan paksa, dan dasar hukuman kolektif”, lapor Agensi Anadolu.
Sumber: TikTok/@waaaanaaaa