Siakap Keli
IFRC Hospital Al Quds
Gambar: Tangkap Layar Dari Al Jazeera

Hospital Al-Quds Terima Arahan Supaya Dikosongkan Dengan Segera – IFRC

Hospital Al-Quds Terima Arahan Supaya Dikosongkan Dengan Segera – IFRC

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) telah menerima arahan untuk mengosongkan hospital Al-Quds dengan segera awal pagi semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) dalam satu kenyataan.

Maklum IFRC, hospital tersebut sepatutnya menjadi tempat untuk semua mangsa mendapatkan rawatan dan perlindungan.

“Kami amat terkejut apabila mendengar bahawa pasukan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) di hospital Al-Quds sekali lagi telah diberitahu pagi ini untuk mengosongkan hospital itu dengan segera,” kata IFRC dalam kenyataan tersebut.

Tambahan lagi, hospital berkenaan kini sedang menempatkan ratusan pesakit yang terdiri daripada mereka yang cedera dan terlantar di atas katil.

Sekiranya pemindahan ini berlaku, ia melibatkan mereka yang masih dalam rawatan rapi (ICU), pesakit dengan alat bantuan hayat dan bayi dalam inkubator.

BACA JUGA: Diselaras Oleh WHO, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai IHR

Tegas IFRC, hospital berkenaan dilindungi di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

“Sehubungan itu, kami (IFRC) mengambil berat tentang keselamatan pesakit, kakitangan perubatan dan ribuan mangsa yang berlindung di Hospital Al-Quds,” kata IFRC lagi.

Badan antarabangsa itu juga menegaskan kakitangan perubatan tidak sepatutnya berada dalam keadaan dilema sama ada meninggalkan pesakit ataupun mempertaruhkan nyawa dan tinggal di hospital.

BACA JUGA: Diselaras Oleh WHO, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai IHR

“Beberapa minggu yang lalu, kami telah berulang kali menyeru agar orang awam, hospital dan kakitangan perubatan dilindungi. Perkara ini bukan sekadar kewajipan tetapi juga termasuk dalam undang-undang.

“Kami menggesa agar semua orang untuk akur dan mematuhi tanggungjawab mereka berdasarkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Terdapat keperluan mendesak bagi menyelamatkan nyawa termasuk memastikan hospital boleh beroperasi dengan selamat dan membenarkan bantuan kemanusiaan disalurkan secara berterusan tanpa sebarang halangan ke Gaza,” maklum kenyataan tersebut.

IRFC berkata, perkara ini sepatutnya tidak dipandang enteng kerana melibatkan nyawa orang awam, doktor dan jururawat yang perlu dilindungi.

Sumber: IFRC

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?