Siakap Keli
gemencheh boys palestin
Kredit: Gempak

RM1 Daripada Setiap Pembelian Tiket ‘Gemencheh Boys’ Akan Disumbang Ke Tabung Palestin – Astro Shaw

RM1 Daripada Setiap Pembelian Tiket ‘Gemencheh Boys’ Akan Disumbang Ke Tabung Palestin – Astro Shaw

Setiap pembelian tiket filem Gemencheh Boys, RM1 daripadanya akan disalurkan ke Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bermula 30 Oktober hari ini, menurut penerbit Astro Shaw, lapor Gempak.

Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata perkara itu dilakukan bagi menunjukkan tanda solidariti dan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin yang sedang mengalami konflik pada ketika ini.

“Kami berharap pelaksanaan usaha ini dapat mempamerkan kebersamaan seluruh masyarakat terhadap perjuangan Palestin.

“Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mereka yang terkesan di bumi Gaza,” ujarnya.

Pada 26 Oktober lalu, Gemencheh Boys terbitan Astro Shaw bersama GV Corporate Advisory dan SOL Pictures telah ditayangkan di pawagam Malaysia, Brunei dan Singapura.

Filem tersebut mengisahkan tentang sekumpulan budak kampung yang digelar ‘Enam Jahanam’ dari Felda Bukit Rokan Utara, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Difahamkan juga, filem ini diceritakan sendiri oleh atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019, memetik Sinar Harian.

Beliau juga berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017.

BACA: Hospital Al-Quds Terima Arahan Supaya Dikosongkan Dengan Segera – IFRC

Maklumat terkini Palestin

Mengemaskini tentang Palestin, serangan udara tentera Israel yang sering menyasarkan kawasan sekitar Turkish-Palestinian Friendship Hospital di Gaza mengakibatkan kerosakan teruk pada hospital itu.

Pengarah hospital Dr. Subhi Sukeyk berkata pengeboman itu juga menyebabkan panik dalam kalangan pesakit dan kakitangan perubatan di kemudahan berkenaan.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), difahamkan hospital itu merupakan satu-satunya hospital untuk pesakit kanser di Semenanjung Gaza.

Sumber: Gempak

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.