Siakap Keli
guru temu duga
Gambar: BERNAMA

9,552 Calon Berjaya Dalam Temu Duga, Ditawar Jadi Guru Hari Ini

9,552 Calon Berjaya Dalam Temu Duga, Ditawar Jadi Guru Hari Ini

Seramai 9,552 orang calon mendapat khabar gembira apabila berjaya dalam temu duga dan ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred 41.

Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SSP), keputusan tawaran tersebut boleh disemak bermula 5.30 petang hari ini di portal SSP.

Penempatan ini melibatkan calon-calon dalam kalangan Graduan Pendidikan di Semenangjung, Sabah dan Sarawak telah ditemu duga pada 19 Jun sehingga 21 September.

9,552 calon guru dapat tawaran hari ini

Calon-calon yang berjaya akan dilantik dan akan mengisi kekosongan PPP Gred 41 di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di seluruh negara.

“Proses seterusnya adalah penempatan calon-calon yang berjaya dimana ia akan diuruskan oleh KPM,” kata SSP.

Menurut SSP, calon yang berjaya perlu merujuk ke Portal e-Graduan KPM dari semasa ke semasa untuk urusan kemaskini maklumat graduan dan penempatan.

Terdahulu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan membuat pengambilan guru bagi mengatasi masalah kekurangan guru yang dialami ketika ini.

“Isu kekurangan guru berlaku bila ada persaraan dan berhenti, kita akan cepat-cepat ganti.

“Sebab itu kekurangan ini bersifat sementara dan proses dapatkan guru dilaksanakan bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) segera mungkin bagi memastikan kekosongan itu bersifat sementara,” katanya.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: Astro Awani

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.