Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Lelaki Ditahan Godam Papan Menu Restoran Makanan Segera

Syed Faisal Sayed Muhammad
Godam menu restoran
Kredit BERNAMA

Dua Lelaki Ditahan Godam Papan Menu Restoran Makanan Segera

SHAH ALAM, 3 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata polis menerima laporan daripada pengurus restoran makanan segera itu memaklumkan papan menu makanannya telah digodam.

“Susulan itu, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 selain turut merampas telefon bimbit kedua-dua suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein berkata kedua-dua suspek direman selama empat hari sehingga 5 Nov bagi membantu siasatan.

BACA: Sekiranya Dilaksanakan Tahun Depan, PLKN 3.0 Untuk Mereka Yang Lahir Pada 2007 Sahaja

Sumber: BERNAMA