Siakap Keli
matematik adi putra siti sarah
Gambar: Abdul Ghani

Genius Matematik, Adi Putra Selamat Disatukan Dengan Siti Sarah

Genius Matematik, Adi Putra Selamat Disatukan Dengan Siti Sarah

Adi Putra, yang pernah menjadi sensasi negara kerana kepintaran matematiknya selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, semalam.

Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh bapanya, Abdul Ghani menerusi beberapa hantaran di laman Facebook.

Menurut hantaran di Facebooknya, Adi Putra diijabkabulkan dengan Siti Sarah Binti Zulkarnain dalam satu majlis yang berlangsung di Lundang, Kota Bharu.

Dalam hantaran yang lain, Abdul Ghani memaklumkan majlis berkenaan berjalan lancar dan mereka disatukan dengan sekali lafaz akad nikah sahaja.

Genius matematik, Adi Putra selamat berkahwin dengan Siti Sarah

“Sahlah Adi Putra sebagai Raja Sehari. Berkat doa dari tuan, puan, sahabat serta muridnya dengan lafaz nikah sekali sahaja.

“Kenduri kahwin berjalan lancar. Alhamdulillah cuaca pun baik di Kota Bharu hari ini,” katanya.

Difahamkan, Siti Sarah menerima wang hantaran daripada Adi Putra sebanyak RM 9,999.99.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warga maya mendoakan kebahagian dan rumah tangga pasangan tersebut berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semoga berbahagia hingga ke Jannah. Tahniah, selamat pengantin baru Adi Putra dan Siti Sarah,” kata Nurazizah Mukhtar.

“Tahniah Adi. Tahniah juga untuk semua keluarga. Semoga kekal hingga ke syurga,” kata Jebat Jebat pula.

“Alhamdulillah. Tahniah, selamat pengantin baru. Semoga hidup bahagia hingga ke akhir hayat, amin,” kata Jasni Ismail.

Warga maya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Abdul Ghani dan isteri di atas kehadiran menantu baru tersebut.

“Alhamdulillah, tahniah Abang Gani dan Seri dapat membantu. Selamat pengantin baru buat Adi dan Sarah, semoga berbahagia hingga ke Jannah,” kata Salmah Matzin.

Terdahulu, Adi Putra pernah menjadi fenomena apabila berjaya menguasai ilmu matematik yang kompleks pada usianya yang sangat muda.

Antara ilmu-ilmu matematik yang dikuasai pada usia yang sangat muda ketika itu termasuklah ilmu algebra, trigonometri dan juga ilmu pendaraban.

Menurut Sinar Harian, Adi Putra juga pernah menerima dua tawaran untuk melanjutkan pengajian di universiti terkemuka, Universiti Oxford dan Universiti Harvard pada usia enam tahun.

BACA: Individu Kedua Terima “Transplant” Jantung Babi Dilapor Meninggal Dunia

Sumber: Abdul Ghani

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.