Siakap Keli
Iskandar Dzulkarnain bersatu
Kredit BERNAMA

Sokong Anwar Ibrahim, Keahlian Iskandar Dzulkarnain Dalam Bersatu Digantung 4 Tahun

Sokong Anwar Ibrahim, Keahlian Iskandar Dzulkarnain Dalam Bersatu Digantung 4 Tahun

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada hari ini dilaporkan telah menggantung keahlian Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid selama empat tahun dalam parti itu, lapor Sinar Harian.

Penggantungan itu dibuat susulan pendirian beliau yang menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas persidangan Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu dibuat pada hari ini.

Persidangan itu dibuat bagi meneliti laporan berkaitan pelanggaran disiplin dan Perlembagaan oleh Iskandar Dzulkarnain yang juga Ketua Bahagian Bersatu Kuala Kangsar.

“Selepas diteliti dengan sehalusnya segala bukti dokumentasi, keseriusan kesalahan, implikasi serta impak kepada parti dan juga surat penjelasan daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain, Jawatankuasa Lembaga Disiplin mendapati beliau bersalah di bawah Fasal 22.1 (f) Perlembagaan Bersatu.

“Sehubungan dengan itu, Datuk Iskandar Dzulkarnain digantung keahliannya berserta kesemua jawatan dalam parti yang dipegang bagi tempoh empat tahun berkuat kuasa dari tarikh keputusan dan hukuman, iaitu 3 November 2023,” katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu. 

Iskandar Dzulkarnain pada 12 Oktober lalu mengumumkan menyokong kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Tambahnya, keputusan itu diambil setelah meneliti rintihan berterusan pengundi di kawasan beliau.

Terutamanya ketika keperluan mendesak dalam menangani masalah krisis kenaikan kos sara hidup.

Datuk Suhaili Abdul Rahman turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Anwar

Dalam pada yang sama, Ahli Parlimen Labuan daripada Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaili Abdul Rahman turut menyatakan sokongannya kepada Anwar.

Menurut Suhaili, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira semua permasalahan yang dihadapi oleh rakyat Labuan.

Selain itu, keputusan itu juga dibuatnya bagi membantu rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi dan masalah bekalan air serta elektrik.

BACA: Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Sumber: Sinar Harian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka