Siakap Keli
cara buat wetfood kucing
Kredit TikTok/@jedyjamal

Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Boleh Jimat Duit, Lelaki Ajar Cara Mudah Buat “Wetfood” Untuk Kucing Di Rumah

Kucing merupakan antara haiwan yang menjadi pilihan bagi pencinta haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan di rumah.

Sifatnya yang manja dan comel telah membuatkan kucing ini sering disayangi dan dimanjakan.

Ada yang sanggup berhabis duit untuk membuat rumah kucing bagi kucing kesayangan mereka bebas bermain dan merasa selesa.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup catu perbelanjaan makanan mereka bagi memastikan kucing kesayangan mereka mendapat makanan yang sedap.

Jika anda merupakan pemilik haiwan kesayangan seperti kucing ini, pasti pernah membeli makanan basah atau ‘wetfood’ untuk si manja anda.

Disebabkan ia bersifat lembut dan lebih rasa ikan, makanan ini telah menjadi pilihan dan sangat digemari oleh si comel.

Namun begitu, tidak semua pemilik kucing mampu untuk memberikan wetfood ini setiap hari ekoran harganya agak mahal.

Bagi menyelesaikan perkara tersebut, seorang pengguna TikTok bernama @jedyjamal ada berkongsikan berkenaan resipi mudah untuk membuat wetfood sendiri di rumah.

Senanglah sikit lepas ini, tak perlu nak keluar duit banyak-banyak beli wetfood dekat kedai.

Hanya perlu dua bahan utama sahaja

Menurut perkongsian lelaki itu, proses pembuatan makanan tersebut memerlukan dua bahan utama yang paling penting iaitu ikan tongkol dan labu.

Kredit TikTok

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah rebus kedua-dua bahan tadi sehingga lembut atau empuk.

Kemudian kisar bahan-bahan tadi menggunakan air rebusan dua bahan tersebut.

Kredit TikTok

Letakkan bahan kisar tadi di dalam periuk atau kuali dan masukkan sedikit serbuk agar-agar untuk memekatkan tekstur bahan kisar tadi.

Selepas kesemua bahan sudah terlarut anda boleh matikan api dan simpan di dalam bekas yang sesuai.

Selepas bahan sudah sejuk, boleh simpan wetfood tadi ke dalam peti ais. Menurutnya, wetfood tersebut boleh tahan sehingga seminggu lamanya.

Kredit TikTok

 

Tambah lelaki itu, apabila mahu memberi makan kepada kucing, anda perlu defrost makanan tersebut terlebih dahulu sebelum diberikan kepada si comel.

Katanya, wetfood buat sendiri ini lebih jimat jika dibandingkan beli secara sudah siap di dalam tin seperti yang dijual dipasaran.

Perkongsian itu telah mengundang pelbagai reaksi dan komen oleh pengguna media sosial.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Saya lebih suka blend kasar. Saya pun guna ikan tongkol. Semua gemok, tapi dorang dah mula jadi malas dan tak nak makan biskut. Tunggu ikan juga,” tulis seorang netizen yang berkongsi cara yang sama.

“Saya selalu buat ayam tambah labu. Nanti nak cuba ni pula, terima kasih bagi tip,” tulis seorang netizen yang berterima kasih atas perkongsian tersebut.

“Idea yang bagus. Saya nak cuba untuk kucing saya pula,” tulis seorang netizen lagi.

BACA: Piala Malaysia: Ribuan Penyokong Terengganu Gamatkan Stadium Dan Kibarkan Bendera Palestin

@jedyjamal

Part 5 – Misi menggemuk kan Sabarudin #streetcat #kucingjalanan #catvlog #sabarudin #wetfood #catfoodhomemade #gengbossd

♬ Let’s cooking – すもち

Sumber: TikTok/@jedyjamal

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka